Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

276) PEMBANGUNAN PERINDUSTRIAN BERSEPADU

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Danial Al-rashid Bin Haron Aminar Rashid

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan kerajaan untuk kawalan pembangunan industri baharu, dibina bersekali penginapan warga asing bagi kawalan sosial?

    Secara dasarnya, Kerajaan Negeri menyedari isu – isu sosial yang berbangkit disebabkan kehadiran pekerja – pekerja asing di Negeri Selangor. Sehubungan dengan itu, dalam usaha Kerajaan Negeri mewujudkan kawasan perindustrian yang kondusif dan selesa kepada para pelabur dan penduduk sekitar, pihak Kerajaan Negeri telah memperkenalkan konsep Managed Industrial Park (MIP) bagi cadangan pembangunan kawasan – kawasan perindustrian yang baru, dimana dalam pembangunan kawasan perindustrian berkonsepkan MIP ini pihak pemaju perlu menyediakan asrama atau penginapan bagi pekerja yang dalam kawasan perindustrian tersebut. Komponen pembangunan asrama pekerja atau penginapan ini adalah salah satu komponen yang disyaratkan dalam pembangunan MIP.

    Selain itu, bagi kawalan pekerja asing bagi kawasan – kawasan perindustrian yang sedia ada, Kerajaan melalui Jabatan Tenaga Kerja (JTK) telah dipertanggungjawabkan untuk memastikan pematuhan terhadap piawaian penginapan pekerja melalui Akta standard Minimum Perumahan Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446). Akta ini adalah untuk memastikan semua pekerja yang disediakan penginapan tanpa mengira sektor dapat menikmati kemudahan penginapan yang selamat, sihat dan kondusif.

  2. Apakah fokus industri di kawasan Shah Alam yang akan diwujudkan dalam tempoh 5 tahun ini?

    Kawasan industri sediada di Shah Alam adalah seluas 7,942.07 Hektar. Berdasarkan laporan dari MIDA untuk Januari sehingga Jun 2024, MBSA menduduki tangga pertama di dalam pelaburan di Selangor dengan jumlah pelaburan sebanyak RM2.25 billion. Bagi tempoh 5 tahun ini Majlis Bandaraya Shah Alam merancang dan akan menggalakkan pembangunan semula atau Rejuvenasi kawasan sediada terutamanya di Seksyen 15 dan Seksyen 16. Perkara ini juga telah dilaksanakan sebagai contoh di Padang Jawa yang dahulunya dikenali sebagai CCM Chemical dan sekarang adalah Global Vision Logistic. Selain itu, pihak Majlis akan menaiktaraf kemudahan-kemudahan infrastruktur di kawasan perindustrian dan persekitarannya.

     

    Sumber : Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)

Lampiran

Tiada Lampiran.