Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

274) GLOW IN THE DARK

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah kos untuk melaksanakan jalan "Glow in the Dark" dalam setahun?

    Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 900 Ribu bagi tujuan melaksanakan kerja-kerja mengecat jalan “Glow In The Dark” bagi jalan-jalan negeri di bawah seliaan JKR Selangor pada tahun 2024.

  2. Dimanakah kawasan yang telah melaksanakan jalan "Glow in the Dark"?

    Sebanyak 15 lokasi jalan bagi pelaksanaan garisan jalan “Glow In The Dark” seperti berikut:

    • Jalan Parit Baru (B46)
    • Jalan Semenanjung Bernam 3
    • Jalan Hulu Yam Bharu – Batu Caves (B23)
    • Jalan Hulu Bernam – Sg Besar (B44)
    • Jalan Timur Tambahan
    • Jalan Saga
    • Jalan Rawang – Kuala Selangor (B27)
    • Jalan Sg. Tua – Ulu Yam (B23)
    • Jalan Persiaran Mokhtar Dahari (B49)
    • Jalan Kebun Tambahan
    • Jalan Sungai Pelek – Bukit Bangkong (B119)
    • Jalan Salak – Nilai (B28)
    • Jalan Kemandul Utama
    • Jalan Sentosa
    • Jalan Sg. Tekali – Genting Peras
  3. Apakah impak negatif dan positif pelaksanaannya?

    Impak positif pelaksanaan “Glow in the dark” adalah menambah baik aspek keselamatan (garisan jalan) di kawasan kurang bekalan cahaya dan gelap. Sehingga kini tiada impak negatif yang diterima daripada pengguna jalan raya di lokasi pelaksanaan “Glow in the Dark”.

Lampiran

Tiada Lampiran.