Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

271) KERJASAMA ANTARA KERAJAAN DAN UNIVERSITI DI DALAM PERTANIAN

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Abbas Salimmi Bin Che Adzmi @ Azmi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah ada kerjasama antara kerajaan dan universiti tempatan seperti UNISEL bagi memperkukuh sektor pertanian dan keterjaminan makanan?

    Kerajaan dari semasa ke semasa menjalinkan kerjasama dengan universiti tempatan seperti UNISEL dalam pengawalan ikan asing bagi menjaga kelestarian biodiversiti di sungai, UPM dan UKM dalam membangunkan varieti benih padi yang tahan kepada perubahan cuaca seperti Padi Putra CR (Climate Ready), UKM RC2 dan UKM RC8 bagi memperkukuhkan sektor pertanian dan keterjaminan makanan.

    Selain itu Jabatan Pertanian menjalinkan kerjasama dengan  Universiti Putra Malaysia (UPM), Management & Science University (MSU) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam melalui program Latihan, showcase pertanian bandar, teknologi pertanian, tanaman herba dan pemeliharaan kelulut. Jabatan Pertanian juga sentiasa mengalu-alukan universiti-universiti yang berminat untuk menjalinkan kerjasama atau menjadi rakan strategik dengan pihak Jabatan Pertanian.

Lampiran

Tiada Lampiran.