Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

255) PEMBANGUNAN EKOSISTEM TEKNOLOGI

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Preakas A/l Sampunathan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membangunkan ekosistem teknologi di Selangor yang mencontohi Pulau Pinang, khususnya dari segi kerjasama antara syarikat, universiti, dan agensi kerajaan?

    Dalam menarik pelaburan ke Negeri Selangor, Kerajaan Negeri tidak hanya memfokus untuk menarik industri tertentu sahaja, tetapi juga mengambil pendekatan secara holistik dengan mewujudkan ekosistem bagi industri tersebut. Pembangunan ekosistem teknologi di Selangor merupakan satu rangkaian perniagaan yang saling menyokong dan memacu inovasi. Pihak berkepentingan dalam rangkaian ini melibatkan peranan Kerajaan Negeri, syarikat besar dan syarikat permulaan tempatan berstatus “startup” yang semuanya menyumbang kepada ekosistem ini, menjadikan Selangor sebagai hab teknologi dan inovasi.

    Kerajan Negeri Selangor melalui Selangor Information Technology & Digital Economy Corporation (SIDEC) telah menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU) dengan pihak Cyberview sempena Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2024 pada 26 Julai 2024 ini yang berhasrat menjadikan Cyberjaya sebagai hab reka bentuk litar bersepadu (IC) untuk industri semikonduktor. MoU ini bertujuan mencipta “IC Design Park” Fasa 2 dengan mewujudkan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta tempat latihan untuk lepasan pengajian tinggi dan jurutera dalam bidang semikonduktor.

    Dalam sektor sains hayat, inisiatif Selangor Lab Partnership Programme dan perancangan pembangunan Biomedical Park Malaysia (BPM) di Selangor antara inisiatif yang dilaksanakan melibatkan kerjasama pihak syarikat dan university serta agensi Kerajaan.

    Selangor Lab Partnership Programme, yang dilancarkan pada Oktober 2024 semasa acara Selangor International Business Summit (SIBS), menghubungkan syarikat pemain industri dengan universiti dan institusi penyelidikan di Selangor.

    Inisiatif ini bertujuan untuk menyokong pembangunan perniagaan, inovasi dan komersialisasi teknologi dalam sektor sains hayat ini. Melalui program ini, pemain industri dapat akses kepada kemudahan dan peralatan makmal, kepakaran fakulti, dan juga tenaga pengetahuan and bantuan daripada pelajar-pelajar universiti dalam aktiviti-aktiviti R&D yang dijalankan. Selain itu, fakulti dan pelajar universiti juga berpeluang untuk mendapat lebih pendekatan kepada keperluan sebenar dan terkini sektor sains hayat, dan boleh memudahkan juga untuk pelajar-pelajar mengetahui peluang-peluang pekerjaan yang mungkin tersedia ada selepas tamat tempoh pengajian. Melalui program, bukan sahaja ia boleh menmanfaatkan pemain industri dalam pembangunan produk dan penyelidikan teknologi baru, malah ia juga boleh menjana pelang pekerjaan baru dalam sektor sains hayat untuk pelajar-pelajar sains hayat.

    Biomedical Park Malaysia (BPM), yang kini dalam tahap perancangan yang lebih mendalam, akan menjadi salah satu pusat penyelidikan dan komersialisasi untuk sektor sains hayat. Dibangunkan melalui kerjasama antara AdvancePact Sdn Bhd, Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI), dan Invest Selangor, ekosistem BPM dirancang untuk menghubungkan pemain industri, penyelidik, dan innovator bagi memacu lagi pembangunan teknologi serta meningkatkan daya saing ekonomi sektor sains hayat di Selangor dan juga di pasaran antarabangsa.

    Usaha dan strategi pembangunan industri aeroangkasa di negeri ini digerakkan melalui Pelan Tindakan Aeroangkasa Negeri Selangor 2020-2030 dan telah merangka strategi untuk menggalakkan penyelidikan dan pembangunan (R&D), latihan kemahiran, dan pengkomersialan teknologi dan juga Rancangan Selangor Pertama (RS-1).

    Metod Triple helix model (Industri – Academia – Government) sentiasa dipraktikkan dalam usahasama membangunkan industri aeroangkasa khususnya di Negeri Selangor.

    Negeri Selangor menjadi rumah kepada 67% aktiviti aeroangkasa di Malaysia yang terdiri daripada subsektor seperti aeromanufacturing, maintenance, repair & overhaul (MRO), engineering design, systems integrator, R&D, training, defence dan lain-lain. Dalam usaha menyediakan ekosistem pelaburan yang kondusif untuk industri ini, Kerajaan Negeri melaksanakan beberapa inisiatif seperti berikut:

    • Selangor Aerospace Apprenticeship Program – merupakan usaha untuk kekalkan tenaga mahir di Negeri Selangor seperti inisiatif Kerajaan Negeri Penang untuk mengekalkan tenaga mahir di negeri mereka iaitu Career Assistance & Talent Centre (Penang CAT Centre). Melalui program Selangor Aerospace Apprenticeship Program (SAAP), Kerajaan Negeri memberi peluang kepada tenaga mahir terutamanya belia untuk meningkatkan kemahiran diri melalui latihan-latihan teknologi dan teknikal yang disediakan melalui program ini. Kerajaan Negeri juga mengambil langkah untuk mengekalkan tenaga mahir di Negeri Selangor dengan insentif pembiayaan yang diberikan untuk program ini.
    • Selangor Skills Framework Platform (SSFP) – Selangor Skills Framework Platform (SSFP) adalah satu inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri untuk memperkukuh pembangunan modal insan di negeri ini. Platform ini bertujuan untuk menyediakan garis panduan komprehensif mengenai keperluan kemahiran dalam pelbagai industri, termasuk industri aeroangkasa, teknologi, pembuatan, dan sektor-sektor lain yang berkembang pesat di Selangor.
    • Skills Framework Platform (SSFP) memainkan peranan penting dalam membantu individu, majikan, dan institusi pendidikan memahami kemahiran yang diperlukan untuk memenuhi kehendak pasaran pekerjaan masa kini. Dalam usaha untuk membina ekosistem teknologi yang konkrit, SSFP menyediakan pelbagai alat dan sumber pembelajaran, termasuk modul latihan dalam bidang teknologi maklumat, kejuruteraan, pengurusan data, serta integrasi sistem.
    • Program Vendor Development – Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor juga dalam usaha untuk berkerjasama dengan Investment Promotion Agencies (IPAs) di negara lain seperti Kanada dan juga agensi pengurus dana bagi pelaksanaa program pembangunan vendor tempatan untuk memastikan pembangunan teknologi yang mampan dan selari dengan keperluan industri. Program ini akan mengenalpasti syarikat-syarikat aeroangkasa berpotensi di samping membantu meningkatkan kebolehpasaran mereka dana meningkatkan bilangan Perniagaan Kecil Sederhana (PKS) bertauliah. Matlamat Kerajaan Negeri adalah untuk memastikan Selangor terus bersaing sebagai hab aeroangkasa serantau yang memiliki ekosistem teknologi yang cemerlang melalui usaha kolaboratif antara semua pihak berkepentingan.
    • Kerajaan Negeri juga menyokong dan berkerjasama dengan syarikat seperti Advanced Manufacturing and Robotics Accelerator Centre of Excellence (AMRACE) dan Aerospace Malaysia Innovation Centre (AMIC) yang merupakan ahli-ahli majlis aeroangkasa Selangor untuk mengkaji teknologi baharu seperti Sustainable Aviation Fuel (SAF) dan 3D Printing yang sedang menjadi trend terkini dalam industri aeroangkasa secara global.
    • Centralised Training Centre @ Selangor Aero Park / Selangor Drone Centre of Excellence (SDCoE) – Bagi memastikan kemahiran yang diperoleh adalah relevan, Selangor juga menumpukan usaha untuk menyediakan fasiliti simulator canggih yang memimik persekitaran dalam teknologi terkini seperti sistem avionik, simulasi penerbangan, dan keselamatan penerbangan.
    • Kerjasama Kerajaan Negeri bersama pemain industri yang terdiri daripada Approved Training Organisations (ATO) di Malaysia, Perancis, Turkiye dan juga universiti-universiti tempatan membantu membekalkan tenaga kerja yang berpengetahuan luas dan mahir.
    • Dalam Misi Pelaburan Kerajaan Negeri ke Turkiye pada 21 – 26 Oktober 2024, Kerajaan Negeri telah mengadakan sesi libat urus bersama syarikat-syarikat berkaitan untuk membawa rantaian bekalan pembuatan helikopter jenama terkemuka dari Turkiye ke Negeri Selangor serta technology transfer. Antara syarikat tersebut adalah TUSAS dan ASELSAN yang merupakan Tier-1 dan pemacu industri aeroangkasa dan defence di negara Turkiye.
    • Sewaktu misi ini juga, Kerajaan Negeri bertemu dengan pihak pengurusan Bilkent Cyberpark iaitu pengasas techno-park terbesar di Ankara, Turkiye untuk memahami dan mengenalpasti ruang kerjasama bagi pembangunan ekosistem teknologi di Negeri Selangor. Bilkent Cyberpark yang ditubuhkan pada 2002 merupakan rumah kepada lebih 320 syarikat start up yang terdiri daripada pelbagai sektor seperti aeroangkasa, dron, smart agriculture, cybersecurity, nanotechnology dan
    • Bilkent Cyberpark membantu syarikat-syarikat start up ini dari segi menyediakan incubation centre, accelerator programs, training dan sebagainya dan mempunyai sijil ISO 9001 yang menunjukkan tahap pembangunan yang sangat berkualiti. Hasil daripada lawatan dan mesyuarat ini dapat membantu Kerajaan Negeri untuk memahami pelaksanaan technopark ini dan dapat membantu dalam menaik taraf pembangunan technopark di Selangor seperti Cyberview, dan juga IC Design Park.
    • Systems Integration – Dalam aspek integrasi sistem, Kerajaan Negeri memahami bahawa sektor aeroangkasa memerlukan penyelarasan yang rapi antara pelbagai sistem dan komponen teknologi. Oleh itu Kerajaan Negeri melalui SELATI telah memeteraian perjanjian di SAHA EXPO Turkiye bersama-sama dengan HAVELSAN untuk menubuhkan sebuah command centre yang bertaraf antarabangsa bagi mengawal selia udara dron-dron yang akan menggunakan laluan udara Negeri inI selaras dengan matlamat RS-1.
    • Selain itu juga, Kerajaan Negeri melalui SELATI sedang giat menceburi bidang Artificial Intelligence (AI) dan juga technology advancement yang akan menjadi komponen di bawah Selangor Drone Centre of Excellence (SDCoE)

    Kerajaan Negeri Selangor telah mengambil langkah proaktif di dalam usaha untuk memperkasakan ekosistem teknologi di dalam industri semikonduktor Negeri Selangor khususnya dengan melaksanakan beberapa inisiatif yang strategik seperti penubuhan Jawatankuasa Taskforce Industri Semikonduktor Negeri Selangor, penubuhan Malaysia Semiconductor IC Design Park dan Advanced Semiconductor Academy of Malaysia (ASEM).

    1. Jawatankuasa Taskforce Industri Semikonduktor Negeri Selangor

    Penubuhan sebuah jawatankuasa yang berperanan untuk memantau serta mengawal selia segala aktiviti berkaitan pembangunan industri semikonduktor Negeri Selangor yang di pengerusikan oleh EXCO Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti serta dianggotai oleh 5 agensi anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor iaitu Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan), Invest Selangor Berhad, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan Sidec Sdn Bhd.

    1. Malaysia Semiconductor IC Design Park

    Penubuhan sebuah pusat reka bentuk litar bersepadu semikonduktor yang menyediakan kemudahan teknologi serba lengkap dan telah berjaya menarik minat syarikat terkemuka dalam industri  semikonduktor seperti MaiStorage, SkyeChip, SensoremTek, Weeroc, AppAsia, ChipsBank dan HCL Tech telah mendapat sokongan serta kerjasama daripada pihak Kementerian Ekonomi, BlueChip VC Sdn Bhd, ARM Holdings, cadence, synopsys, Siemens dan Keysight.

    1. Advanced Semiconductor Academy of Malaysia (ASEM)

    Tumpuan turut diberikan kepada pembangunan bakat di dalam bidang semikonduktor dengan menyediakan pendidikan dan latihan yang relevan dengan industri kepada para pelajar dan pensyarah institut pengajian tinggi di dalam bidang berkaitan dengan kerjasama daripada The Hive Southeast Asia dan GEM Education yang akan melibatkan beberapa institut pengajian tinggi tempatan.

Lampiran

Tiada Lampiran.