Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
251) PEMBINAAN MASJID KAMPUNG TOK MUDA
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status pembinaan Masjid Tok Muda Kapar?
Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor telah melantik pasukan perunding untuk melaksanakan kerja-kerja pembinaan Masjid Kampung Tok Muda, Kapar. Kerja-kerja ukur telah dilaksanakan manakala kerja-kerja penyiasatan tanah (S.I) sedang dilaksanakan. Tender bagi pembinaan masjid tersebut dijangka akan dilakukan pada Disember 2024.
-
Berapakah nilai jumlah pembinaan dan bila dijangka siap?
Nilai kos projek adalah sebanyak RM20 Juta yang diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12). Ia dijangka siap dalam tempoh pembinaan 2 tahun iaitu anggarannya dari Mac 2025 sehingga Mac 2027.