Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
249) PEMBUANGAN SAMPAH HARAM DI KAMPUNG TASEK PERMAI
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Yew Jia Haur
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk menangani masalah pembuangan sampah haram yang semakin serius?
Tindakan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dalam menangani masalah pembuangan sampah haram:
- Pemantauan berkala oleh pihak MPAJ.
- Operasi intipan (mengeluarkan kompaun kepada pesalah yang berjaya ditangkap).
- Meletakkan kain rentang (‘banner’) larangan membuang sampah.
- Membawa kes ke peringkat tindakan mahkamah bagi pesalah yang enggan melunaskan kompaun yang dikeluarkan.
- Mengedarkan risalah berkenaan tatacara pembuangan sampah yang betul.
- Pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan yang telah dikenalpasti menjadi tumpuan bagi aktiviti pembuangan sampah haram
-
Apakah tindakan yang telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri terhadap satu laporan pembuangan sampah haram di Kampung Tasek Permai yang kini telah dibongkarkan di media baru-baru ini?
Pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) telah menutup (‘seal’) laluan masuk ke tapak tersebut bagi mengelakkan lori keluar masuk membuang sampah sisa binaan ke kawasan tersebut pada 19 Jun 2024. Memandangkan tanah tersebut adalah tanah milik individu maka Mesyuarat Penuh MPAJ Bilangan 10 Tahun 2024 telah memutuskan agar Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat mengambil tindakan di bawah bidang kuasa mereka bagi menghalang aktiviti pembuangan sampah haram tersebut.