Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

246) PERUNTUKAN ADN PEMBANGKANG YANG SANGAT TERHAD HANYA UNTUK KESIHATAN DAN PENDIDIKAN

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah dasar Kerajaan Negeri apabila peruntukan pembangkang hanya boleh digunakan kepada dua perkara ini sahaja dan ianya menghalang usaha ADN untuk membantu masyarakat mengadakan pelbagai program kemasyarakatan?

    Peruntukan ADN Pembangkang untuk menggunakan peruntukan kepada kesihatan dan pembangkang bukanlah dasar Kerajaan Negeri. Ia adalah lanjutan daripada persetujuan perbincangan bersama Ketua Pembangkang ketika membincangkan perihal peruntukan kepada pembangkang. Program pendidikan dan kesihatan sebenarnya mempunyai ruang lingkup yang luas dalam penyampaian perkhidmatan melalui program program kemasyarakatan. Justeru, ia tidak menghalang malah membantu usaha ADN pembangkang untuk memberikan khidmat kepada rakyat. Kerajaan N4egeri juga terbuka untuk perbincangan dan meneliti peluasan skop penggunaan peruntukan pembangkang pada masa akan datang.

Lampiran

Tiada Lampiran.