Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
245) INDUSTRI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS HAYAT
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Ong Chun Wei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah sasaran kerajaan terhadap pembangunan sektor bioteknologi dan sains hayat di Selangor?
Dari tahun 2019 hingga 2023, Selangor mencatat pelaburan lebih RM 6.5 bilion dalam industri sains hayat, dengan RM 5.4 bilion daripada sumber domestik dan RM 1.1 bilion daripada pelabur asing, yang menekankan kepentingan sektor ini kepada ekonomi negeri. Sains hayat di Malaysia merangkumi empat bidang utama farmaseutikal, peranti perubatan, bioteknologi, dan kosmetik yang sangat bergantung kepada penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk memacu inovasi dan daya saing.
Terdapat lebih daripada 100 universiti dan pusat penyelidikan terkemuka di Selangor, justeru, Selangor beraspirasi untuk menjadi hab utama bagi R&D dalam sains hayat di Malaysia. Kumpulan bakat dan kepakaran industri di negeri ini mampu mendorong pembangunan produk-produk baru dan dalam menimbulkan penyelesaian baru dalam bidang sains hayat. Program Perkongsian Makmal Selangor (Selangor Lab Partnership Programme), yang menggalakkan kerjasama antara universiti dan industri, terutamanya dalam akitiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan teknologi, adalah antara langkah-langkah yang telah diambil oleh negeri Selangor dalam usaha membina ekosistem kolaboratif yang menyokong R&D dan memajukan perkembangan sains hayat di peringkat tempatan dan justeru ke pasaran global.