Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

228) PROGRES PAKEJ D SKIM JAMINAN AIR MENTAH (SJAM) DI LOJI RAWATAN AIR (LRA) SEMENYIH

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan sebab Pakej D SJAM di LRA Semenyih tergendala.

    Soalan a dan b dijawab bersekali.

    Prestasi kemajuan projek Pakej D SJAM di LRA Semenyih setakat 31 Oktober 2024 mencapai 91.09% berbanding jadual sebanyak 100.00%.  Projek dijangka siap termasuk dengan Pengujian dan Pentauliahan (Testing and Commissioning) akhir tahun 2024 dan seterusnya akan diserahkan untuk dioperasikan oleh Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. pada suku pertama tahun 2025.  Pecahan kemajuan mengikut kerja utama adalah seperti berikut:-

    Baki kerja yang masih belum disiapkan oleh kontraktor adalah seperti berikut:-

    1. Kerja penyambungan kabel ke pam di rumah pam kolam B;
    2. Kerja pembicuan paip bersaiz 2400mm;
    3. Kerja-kerja infra seperti jalan, pagar dan sistem perparitan di rumah pam kolam B dan C;
    4. Kerja pembinaan stilling basin serta box culvert dan pemasangan penstock di loji muka sauk Air Selangor.

    Kelewatan pihak kontraktor menyiapkan kerja-kerja di tapak adalah berpunca dari halangan luar jangka melibatkan keadaan muka bumi sehingga menyebabkan reka bentuk asal perlu dipinda. Contohnya, dalam menyiapkan stilling basin, pihak kontraktor semasa memasang box culvert telah menemukan deadman anchor sheet piles. Pihak kontraktor terpaksa menghentikan kerja-kerja pemasangan box culvert bagi mengelakkan kerosakan ke atas deadman anchor sheetpiles tersebut. Penyelesaian ke atas masalah ini telah menyebabkan pihak perunding perlu mengubah jajaran box culvert dan box culvert yang telah dipasang terpaksa dipecahkan dan dipasang semula yang baru mengikut reka bentuk baru.

    Pada masa yang sama juga, pihak kontraktor telah menghadapi masalah hakisan cerun yang mengakibatkan kerja tergendala sejak 12 Oktober 2024.  Hakisan cerun yang berlaku adalah akibat daripada keadaan tanah jenis pasir di kawasan yang terlibat. Pihak Air Selangor telah meminta kontraktor menghentikan kerja sementara waktu dan meminta kerja penstabilan cerun dijalankan sebelum kerja pengorekkan dapat diteruskan. Pihak kontraktor merancang untuk menggunakan cerucuk keping (sheet pile) bagi kerja penstabilan cerun dan kerja ini dalam pelaksanaan pihak kontraktor dan dijadualkan siap pada 28 November 2024.

    Pihak kontraktor juga berhadapan dengan masalah limpahan air di dalam kawasan muka sauk Air Selangor semasa kerja coring dijalankan di intake bay dan kerja tersebut terpaksa dihentikan pada 16 Oktober 2024. Pihak kontraktor akan memasang stop log milik Air Selangor bagi menghalang limpahan air di kawasan kerja yang terlibat.

    Terdapat juga kelewatan yang disumbangkan oleh pihak ketiga seperti halangan dalam melaksanakan kerja-kerja pembicuan paip bersaiz 2400 mm diameter dengan panjang 22.5 meter merentasi Jalan Utama 1 (Jenderam Hilir) disebabkan terdapatnya paip HDPE milik Air Selangor yang masih aktif.  Kerja-kerja pembicuan paip telah bermula pada 8 Mei 2024 dan dijadualkan siap pada awal Jun 2024, namun penemuan paip HDPE pada 16 Mei 2024 menyebabkan kerja-kerja di tapak terpaksa dihentikan sehingga siapnya kerja-kerja pengalihan paip HDPE oleh kontraktor panel Air Selangor. Kerja-kerja pengalihan paip oleh kontraktor panel Air Selangor bermula pada 09 September 2024 dan dijangka siap pada 28 November 2024. Kerja-kerja pembicuan paip yang terhenti oleh kontraktor Pakej D hanya boleh dibuat semula selepas 28 November 2024 dan dijadualkan siap pada 14 Disember 2024.

    Walaupun Kerajaan Negeri telah memaklumkan kontraktor bahawa tiada lagi kelulusan Lanjutan Masa akan dipertimbangkan sekiranya kelewatan tersebut jelas disebabkan oleh pihak kontraktor sendiri, namun melalui pemantauan yang telah dibuat, didapati pihak kontraktor telah menunjukan usaha untuk menyiapkan baki kerja mengikut jadual siap yang baru sehingga 28 Disember 2024 ini.

    Dalam hal ini, apabila pihak kontraktor menunjukkan alasan yang kukuh untuk diberi Lanjutan Masa, maka Perakuan Kelambatan Dan Lanjutan Masa atau Extension Of Time (EOT) boleh dikeluarkan kepada pihak kontraktor berdasarkan Syarat-Syarat Kontrak.  Berdasarkan kepada Pelan Pemulihan (recovery plan) yang dikemukakan oleh pihak kontraktor, kerja-kerja dijadualkan siap pada 28 Disember 2024.

  2. Apakah sebab kontraktor tidak menyegerakan kerja walaupun sudah masuk ke peringkat LAD?

Lampiran

Tiada Lampiran.