Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
226) PERTANIAN ANAK MUDA
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah bentuk dan jumlah bantuan atau insentif yang ditawar oleh Kerajaan Negeri bagi menggalakkan golongan anak muda di Negeri Selangor untuk menceburi bidang pertanian?
Setiap tahun Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan untuk pemberian insentif dan bantuan kepada golongan pengusaha sektor pertanian makanan di Negeri Selangor. Ianya termasuk peruntukan di bawah Jabatan Pertanian Negeri Selangor dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor yang secara puratanya jumlah peruntukan tahunan adalah di antara RM22 juta hingga RM25 juta dan sekurang-kurangnya 60% daripada peruntukan tersebut adalah untuk pemberian insentif dan bantuan kepada semua golongan khususnya golongan muda dan wanita selaras dengan objektif dan dasar Pelan Transformasi Agro (PeTA) Selangor.
-
Berapakah jumlah penglibatan anak muda dalam sektor pertanian di Negeri Selangor?
Penglibatan anak muda dalam sektor pertanian di Negeri Selangor adalah seramai 241 orang (seperti yang dilaporkan dalam sistem Agrislocal, Jabatan Pertanian). Jabatan Pertanian juga mengutamakan penglibatan golongan muda dalam bantuan/insentif yang diberikan bagi menggalakkan golongan ini menceburi bidang pertanian.