Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

220) PROJEK MENAIK TARAF JALAN B148 TELOK GONG, PELABUHAN KLANG

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini projek kerja-kerja menaik taraf Jalan B148 Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang?

    Status terkini naik taraf projek ini adalah

    • Pembinaan sistem saliran longkang tepi jalan sedang dilaksanakan di tapak bina.
    • Proses pengambilan tanah
    • Pengalihan Utiliti
  2. Berapa peratus yang telah disiapkan?

    Sehingga 31hb Oktober 2024, kemajuan ialah 38% (jadual) berbanding 21% (sebenar).

  3. Apakah masalah dihadapi sepanjang projek tersebut berjalan?

    Antara cabaran yang dikenalpasti sepanjang projek adalah

    1. Proses pengambilan balik tanah
    2. Pengalihan serta pemasangan semula utiliti sepanjang jajaran jalan 3.25 km.

     

    Walaubagaimanapun, pihak JKR sedang dan telah melaksanakan tindakan segera bagi mengatasi masalah tersebut dengan :

    1. Mengambil inisiatif dengan menyediakan kemudahan bagi sesi perbicaraan tanah di JKR Negeri Selangor.
    2. Sentiasa mengadakan perbincangan dengan pemilik syarikat utiliti yang terlibat bagi memastikan proses pengalihan dan pemasangan semula utiliti seperti kabel elektrik, paip air dan kabel syarikat telekomunikasi berjalan lancar. Antara pendekatan yang telah dan sedang dibuat ialah dengan memuktamadkan keperluan teknikal pemilik utiliti tersebut dan pada masa yang sama akan memastikan pemasangan semula kabel-kabel atau paip air tersebut selaras dengan perancangan serta pembinaan projek secara keseluruhannya.