Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
219) ISU PENGUSAHA TADIKA SWASTA
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah inisiatif kerajaan untuk menambah tadika bagi membantu mengurangkan kos ibu bapa yang terbeban akibat perlu membayar kos tadika swasta yang tinggi?
Kerajaan Negeri melalui YAWAS telahpun melaksanakan program Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) dimana secara langsung dapat mengurangkan bebanan golongan B40 dalam subsidi yuran tadika iaitu inisiatif sebanyak RM50 setiap bulan yang akan disalurkan terus ke Tadika berkenaan. Walaubagaimanapun, untuk mendapatkan subsidi ini Tadika perlulah berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
-
Apakah saranan kerajaan dalam memastikan prestasi tadika di Selangor, melahirkan generasi boleh membaca, menulis dan mengira?
YAWAS telah melancarkan 1 program baharu khasnya untuk anak-anak golongan B40 iaitu Program Toy Library dimana antara objektif utama program ini adalah bagi membolehkan kanak-kanak dari keluarga B40 juga mendapatkan mainan untuk bermain, berinteraksi termasuk pendidikan dan perkembangan emosi mereka.
Program ini juga dapat mewujudkan ekosistem Toy Library yang mampu melatih komuniti bagi mengendalikan Toy Library RE:Play ini secara berpasukan dan mengajar cara peminjaman barang.
Untuk makluman, Program ini juga menyediakan ruang komuniti yang selamat bagi aktiviti pembelajaran yang inklusif dan mesra kanak-kanak yang akhirnya akan melibatkan semua ahli komuniti PPR yang boleh menerapkan pada anak asuhan setiap hari sebagai cara untuk menyediakan sistem sokongan kepada pengusaha penjagaan kanak-kanak dirumah.
Ini merupakan antara inisiatif yang diambil oleh YAWAS sebagai langkah pendidikan awal di Negeri Selangor, walaubagaimanapun, selebihnya boleh rujuk Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS).