Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
209) ELAUN, TUNTUTAN PERJALANAN DAN PERUNTUKAN BAGI KETUA – KETUA KAMPUNG TRADISI DAN KAMPUNG BARU
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Lwi Kian Keong
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat dalam menaikkan elaun dan tuntutan perjalanan bagi ketua-ketua kampung tradisi dan kampung baru di Selangor?
Buat masa ini Kerajaan Negeri tiada cadangan untuk menaikkan sebarang elaun bagi ketua-ketua kampung tradisi dan kampung baru di Selangor. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri mengambil maklum cadangan yang dikemukakan dan akan memperhalusi cadangan ini untuk penambahbaikan di masa akan datang.