Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

202) SUKAN BOLA KERANJANG

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Ong Chun Wei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan kerajaan dalam memartabatkan lagi sukan bola keranjang yang telah menyumbang 4 pingat emas dalam SUKMA Sarawak baru-baru ini?

    Pasukan Bola Keranjang SUKMA Negeri Selangor telah berjaya memperolehi 4 pingat emas melalui acara berpasukan 3 on 3 dan 5 on 5 bagi kategori lelaki dan wanita. Pasukan telah mencatatkan sejarah dengan rangkul kesemua pingat emas yang dipertandingkan di Temasya SUKMA 2024 yang lalu. Kejayaan ini diperolehi hasil dengan usahasama yang baik telah dijalankan dengan Pengurusan Pasukan, Persatuan Bola Keranjang Negeri Selangor dengan Majlis Sukan Negeri Selangor.

    Kerajaaan Negeri Selangor melalui Majlis Sukan Negeri Selangor sentiasa menjalankan kerjasama dengan semua Persatuan Sukan Negeri berkaitan perancangan program pembangunan sukan di semua peringkat dari akar umbi hinggalah peringkat berprestasi tinggi SUKMA. Ianya bagi memastikan kesinambungan pasukan dan atlet akan terus berjalan serta kejayaan tersebut akan terus berkekalan. Keutamaan termasuklah penyediaan bantuan pasukan untuk menyertai kejohanan, bantuan penganjuran kejohanan disamping memenuhi keperluan menyediakan keperluan peralatan latihan dan pertandingan kepada pasukan.

Lampiran

Tiada Lampiran.