Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
196) JALAN LADANG DAN JALAN PLB DI DUN SABAK
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan jalan-jalan ladang yang telah dinaik taraf kepada jalan PLB.
Berdasarkan Garis Panduan Tatacara Pengurusan Pemberian Penyenggaraan Jalan Negeri 4.0 terbitan 1 Oktober 2024 Jalan Pertanian/ Jalan Ladang adalah jalan yang menghubungkan kawasan pertanian dengan jalan raya utama negeri/ Jalan PBT/ Jalan Kampung dan jaringan jalan dalam kawasan pertanian. Secara amnya, Jalan Ladang adalah jalan yang digunakan oleh jentera berat seperti jentera pemotong padi, lori mengangkut padi dan lori sawit bagi tujuan mengeluarkan hasil pertanian. Sebahagian jalan ladang ini juga diambil alih tanggungjawab penyelenggaraannya oleh Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Sabak Bernam daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sabak Bernam berdasarkan kesesuaian serta kekangan peruntukan oleh agensi penyelenggara
Jalan ladang tidak sesuai untuk dinaiktaraf ke jalan berturap disebabkan kemungkinan jalan tersebut akan kerap mengalami kerosakan akibat dilalui oleh jentera atau kenderaan berat pertanian. Hal ini boleh membahayakan keselamatan penduduk dan pengguna jalan ladang tersebut. Pada tahun ini, Bahagian Pembangunan, PDTSB tidak melaksanakan sebarang kerja naik taraf jalan ladang (crusher run) kepada jalan yang berturap (premix) di DUN Sabak. Namun kerja-kerja baik pulih jalan dan penyelangaraan Jalan MARRIS di DUN Sabak ada dilaksanakan pada tahun ini (2024).
-
Nyatakan jalan-jalan PLB yang akan masuk dalam senarai baik pulih untuk tahun 2024/2025.
Perancangan bagi kerja-kerja baikpulih dan penyelenggaraan Jalan MARRIS adalah tertakluk kepada beberapa perkara. Antaranya ialah berdasarkan permohonan dan aduan daripada penduduk setempat, Penghulu-penghulu Mukim, ketua-ketua kampung dan wakil-wakil rakyat.
Selain itu, jumlah peruntukan MARRIS yang diturunkan oleh Perbendaharaan Negeri Selangor kepada setiap Pejabat Daerah dan tanah juga menjadi asas dalam perancangan kerja-kerja membaik pulih jalan bagi tahun berikutnya. Setakat ini, terdapat beberapa jalan di DUN Sabak yang dimasukkan dalam perancangan kerja-kerja baikpulih Jalan MARRIS bagi sesi 2025. Antaranya ialah:
- Jalan Tebuk Haji Yusof Bagan Nira Mukim Sabak
- Jalan Haji Abu Naim Batu 2 Tebuk Pulai Mukim Sabak
- Jalan Haji Jailani Batu 2 Sepintas Mukim Sabak
- Jalan Haji Rahim Sepintas Mukim Sabak
- Jalan Sidang Salleh Kampung Parit 11 Barat Mukim Sungai Panjang
- Jalan Parit 11 Sawah Mukim Sungai Panjang
Pentadbiran ini sentiasa bersedia dalam memberikan khidmat terbaik bagi memastikan jalan-jalan di Daerah Sabak Bernam khususnya di DUN Sabak dibaik pulih mengikut kesesuaian dan peruntukan yang ada.
-
Nyatakan jalan-jalan yang telah dinaik taraf kepada jalan PLB di DUN Sabak.
Pada tahun 2024 tiada sebarang kerja menaik taraf jalan daripada crusher run kepada premix dilaksanakan. Namun, Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam, melalui Bahagian Pembangunan mempunyai perancangan untuk menurap semua jalan luar bandar (Jalan PLB) di bawah senarai penyelenggaraan jalan MARRIS secara berperingkat. Walau bagaimanapun, proses baikpulih dan naiktaraf kepada keseluruhan jalan berturap masih tertakluk kepada jumlah peruntukan MARRIS yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.