Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

194) PENJAWATAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM) SELANGOR

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan bilangan penjawatan dari Kerajaan Negeri di JKM Selangor dan jenis jawatan.

    Bilangan perjawatan dan jenis jawatan di JKM Selangor adalah seperti berikut:

  2. Berapa bilangan pelindung kanak-kanak di JKM Selangor dan bilangan kes melibatkan kanak-kanak pada tahun 2024?

    Mulai tahun Mac 2023 seramai 41 pelindung tetap dan 88 pelindung kontrak telah ditempatkan di negeri Selangor. Jumlah bilangan kes yang melibatkan kanak-kanak sehingga Oktober 2024 adalah seperti berikut:

  3. Nyatakan tindakan kerajaan untuk menambah bilangan pelindung kanak-kanak.

    Pelantikan perjawatan bagi Pelindung Kanak-Kanak adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) telah ditubuhkan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang bertujuan untuk mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kanak-kanak yang meliputi aspek perlindungan, pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian kanak-kanak. JPKK telah memohon untuk pengisian lebih ramai pelindung kanak-kanak agar menjelang 2026, nisbah pegawai mengendalikan kes kanak-kanak akan ditambah baik iaitu daripada 1:108 kepada 1:30.

Lampiran

Tiada Lampiran.