Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

192) PERTINDIHAN BIDANG KUASA PIHAK PEMBANGUNAN LUAR BANDAR (PLB) PEJABAT DAERAH HULU LANGAT DENGAN MPKJ

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah cara kerajaan bertindak bagi meleraikan pertindihan bidang kuasa pihak PLB Pejabat Daerah Hulu Langat dengan MPKj dalam menguruskan jalan-jalan awam?

    PDTHL sentiasa akan bekerjasama dengan MPKj dalam menguruskan jalan-jalan awam di daerah Hulu Langat dengan mengadakan lawatan tapak bagi mengenal pasti status jalan-jalan awam tersebut samada terletak di bawah pentadbiran PDTHL ataupun di bawah pentadbiran MPKj. Secara asasnya, PDTHL akan menyelenggara jalan-jalan kampung tidak melebihi kelebaran berukuran 10 kaki.

  2. Boleh cara itu dipakai bagi kawasan taman perumahan PKNS Kampung Sungai Ramal Luar?

    Bagi penyelenggaraan infrastruktur termasuk jalan di kawasan perumahan adalah di bawah tanggungjawab PBT.

Lampiran

Tiada Lampiran.