Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

177) PERUNTUKAN GERAN PADANAN BAGI PEMBAIKAN JALAN RAYA DI PELABUHAN KLANG

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah peruntukan yang telah digunakan daripada jumlah keseluruhan geran padanan sebanyak RM50 Juta yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan bagi membaiki jalan-jalan sekitar Pelabuhan Klang? Sila senaraikan kerja-kerja yang telah, sedang dan akan dilaksanakan pada tahun ini.

    Jumlah keseluruhan peruntukan yang digunakan bagi Geran Padanan bagi tahun 2024 adalah sebanyak RM 45,744,310.00 di mana sebanyak RM 22,800,000.00 peruntukan dari KKR dan RM 22,944,310.00 peruntukan dari LPK.

Lampiran

Tiada Lampiran.