Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

167) LALAT DI HOSPITAL TANJONG KARANG

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah bilangan laporan berkenaan masalah lalat yang diterima aplikasi Sistem Pengurusan Aduan Awam semenjak Hospital dibina?

    Untuk makluman Tuan Yang di Pertua, Hospital Tanjong Karang mula beroperasi pada 22 Oktober 2022. Semenjak itu, pihak Hospital telah menerima tiga (3) aduan melibatkan masalah lalat melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA). Berikut adalah perincian aduan tersebut:

    Beberapa langkah penambahbaikan telah diambil oleh pihak hospital antaranya adalah seperti berikut:

    • Memastikan laluan yang berpotensi menjadi kemasukkan lalat seperti pintu dan tingkat sentiasa ditutup dan hanya dibuka sekiranya diperlukan.
    • Kawalan penggunaan gam lalat dilokasi mengikut keperluan dan tidak berada di kawasan tumpuan orang awam.
    • Memastikan aktiviti pembersihan dilaksanakan mengikut jadual dan prosedur yang ditetapkan.
  2. Senaraikan langkah pihak berkuasa tempatan untuk memastikan bahawa penternak ikan keli dan reban ternakan berhampiran tidak menyebabkan pencemaran yang menyumbang ke masalah lalat.

    Pihak Majlis menjalankan pemantauan secara berkala melalui rekod aduan yang diterima, Jabatan telah mengenalpasti beberapa ladang ternakan ayam dan kolam ikan keli yang berpotensi menimbulkan kacauganggu dan Jabatan mengeluarkan Notis Hapuskan Kacaugangu dibawah Seksyen 82 (5) Akta Kerajaan Tempatan I976 dan mengeluarkan denda/kompaun mengikut kesalahan yang dilakukan. Jika ingkar, pihak Majlis akan menjalankan tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas iaitu arahan menghentikan operasi dan penutupan ladang ternakan ayam berdasarkan syor dan arahan pengurusan tertinggi.

    Sehingga Oktober 2024, sebanyak 32 ladang ternakan ayam telah diperiksa  berdasarkan jadual berikut :

Lampiran

Tiada Lampiran.