Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

165) STATUS PENDAFTARAN PUSAT TAHFIZ

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah Maahad Tahfiz di DUN Sementa yang sudah memenuhi pendaftaran dan yang belum?

    Terdapat empat belas (14) Maahad Tahfiz Persendirian di DUN Sementa yang berdaftar dengan JAIS dan dua (2) Maahad Tahfiz Persendirian belum berdaftar (peringkat hasrat/dalam proses pendaftaran dan inventori pemutihan).

  2. Bagaimanakah kawalan kualiti pendidikan di maahad tahfiz swasta di Selangor dipantau oleh pihak berkuasa?

    Kawalan kualiti pendidikan di maahad tahfiz swasta di Selangor adalah tertakluk dan berpandukan kepada Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam 1988 dan Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam (Pindaan) 2001.

    JAIS juga memantau operasi maahad tahfiz swasta di Selangor melalui pemantauan oleh Sektor Naziran, Bahagian Pendidikan Islam dari aspek pengurusan dan pentadbiran sekolah, pengurusan kurikulum, hal ehwal murid dan aktiviti kokurikulum. Pada masa yang sama, JAIS juga menguatkuasakan Kurikulum Moderasi Institut Tahfiz Persendirian Negeri Selangor yang meliputi Bidang Al-Quran iaitu Tahsin, Talaqqi, Hafazan, Muraja’ah dan Tadabbur serta bidang Akademik merangkumi Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Matematik, Sejarah, Sains dan Pendidikan Islam.

Lampiran

Tiada Lampiran.