Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

156) PEMBINAAN SEKOLAH RENDAH AGAMA DI DUN KUANG

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Mohd Rafiq Bin Mohd Abdullah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kuang merupakan kawasan majoriti Melayu, Sekolah Agama Kerajaan sediaada tidak dapat menampung jumlah pelajar semakin meningkat. Bilakah Sekolah Agama baru akan dibuka bagi membolehkan anak-anak bersekolah agama terutamanya golongan berpendapatan rendah yang tidak mampu untuk membayar yuran sekolah agama swasta?

    Berdasarkan data JAIS, terdapat 2 buah Sekolah Rendah Agama di DUN Kuang iaitu SRA Kuang dan SRA An Nur, Seri Kundang yang boleh memuatkan seramai 160 orang murid meliputi 4 buah kelas yang masih kosong. Butiran adalah seperti berikut:

    JAIS akan mengkaji keperluan pembinaan sekolah agama di kawasan DUN Kuang. Sekiranya terdapat keperluan yang mendesak, pertambahan pembinaan sekolah agama akan dicadangkan dalam Rancangan Malaysia (RMK) ke-13 dan ia juga tertakluk kepada peruntukan Kerajaan Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.