Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

150) ISU RUMAH TERBIAR DAN SEMAK

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah akta atau peruntukan yang boleh digunakan untuk menangani isu ini?

    Di bawah Seksyen 82 (3), Akta Kerajaan Tempatan 1976 menyatakan

         “Jika kacau ganggu itu terbit dari kecacatan atau tidak adanya sesuatu berjenis rangka bina atau jika premis itu tidak diduduki, notis itu hendaklah disampaikan kepada pemunya”

            Pihak Berkuasa Tempatan boleh mengeluarkan notis penghapusan kacau ganggu terhadap pemilik dalam tempoh 14 hari. Sekiranya pemilik premis gagal mematuhi notis yang dikeluarkan kertas siasatan boleh dibuka bagi tujuan tindakan perundangan.

  2. Adakah PBT boleh masuk rumah terbiar dan semak untuk membuat pembersihan sekiranya pemilik rumah enggan ambil tindakan terhadap rumah yang terbiar?

             Pihak Berkuasa Tempatan tidak akan memasuki rumah hak milik persendirian yang terbiar dan semak untuk membuat pembersihan. Sekiranya pemilik gagal mematuhi notis Seksyen 82 (3), Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang dikeluarkan, kertas siasatan boleh dibuka bagi tujuan tindakan perundangan.

Lampiran

Tiada Lampiran.