Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
142) ISU PEMINDAHAN HAKMILIK RUMAH DI LESTARI PUTRA DAN SAUJANA PUCHONG TIDAK SELESAI
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Abbas Salimmi Bin Che Adzmi @ Azmi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Isu ini gagal diselesaikan disebabkan pemaju telah bankrap dan dilantik liquoudator. Namun masalah tidak selesai. Apa pendirian dan peranan Kerajaan Negeri untuk membantu menyelsaikan masalah pemindahan hak milik ini yang telah berlarutan lebih 20 tahun?
Untuk makluman Yang Berhormat, hakmilik individu melibatkan pembangunan di Lestari Putra dan Saujana Puchong telah didaftarkan kepada Lestari Puchong Sdn Bhd. Walau bagaimanapun, Lestari Puchong Sdn Bhd telah dikenakan perintah pengulungan pada 12 Ogos 2015 dan di bawah tanggungjawab pelikuidasi yang dilantik iaitu Tetuan HLB Ler Lum Advisory Services Sdn Bhd menyebabkan proses pindahmilik hakmilik kepada pembeli (perfection)
Seharusnya, pihak pelikuidasi bertanggungjawab sepenuhnya untuk menyelesaikan isu hakmilik individu tersebut bersama pembeli terlibat. Untuk penyelesaian isu pindahmilik ini, Kerajaan Negeri melalui Pejabat Tanah Dan Galian Selangor (PTGS) bersama Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) sedia untuk bertindak sebagai pemudahcara bagi mendapatkan persetujuan semua pihak bagi menyelesaikan isu pindahmilik hakmilik individu yang berkenaan.