Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
131) PELANCONGAN KUALA KUBU BAHARU
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Pang Sock Tao
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Banyak kemudahan awam di tapak pelancongan Kerling, Kuala Kubu Baharu telah rosak, nyatakan senarai projek naiktaraf dan peruntukan untuk pelancongan Hulu Selangor.
Pihak MPHS bercadang untuk menaik taraf kemudahan Taman Permainan di Kolam Air Panas Kerling. Permohonan tersebut dalam proses penyediaan skop kerja serta anggaran kuantiti (BQ) dan akan dihantar bagi permohonan peruntukan daripada Kerajaan Negeri. Merujuk kepada perkara berkaitan peruntukan bagi kawasan pelancongan Hulu Selangor, beberapa peruntukan telah diperolehi dan pelaksanaan naiktaraf juga telah dijalankan.
-
Banyak komen di 'google review' nyatakan keperluan penaiktarafan dan pengindahan di kawasan Menara Jam KKB, apakah rancangan kerajaan?
MPHS telah merancang beberapa kerja menaiktaraf di kawasan tersebut yang akan dilaksanakan pada tahun 2024 dan 2025. Kerja yang dimaksudkan adalah:
- Memasang jam baru pada menara tersebut
- Menaiktaraf landskap di sekeliling menara
- Pembersihan kawasan setelah kabin projek PDTHS dipindahkan
- Mencantas pokok-pokok yang mengganggu pandangan menara dari pekan Kuala Kubu Bharu