Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
128) PELABURAN DALAM NEGERI
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah jumlah pelaburan pada tahun 2023 dan 2024 dalam Negeri Selangor?
Bagi tempoh tahun 2023 hingga Jun 2024, sebanyak 2,132 projek pelaburan dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan telah diluluskan dalam Negeri Selangor dengan nilai pelaburan berjumlah RM 90.21 bilion.
Bagi tahun 2023, sebanyak 1,311 projek pelaburan dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan telah diluluskan di Negeri Selangor dengan nilai pelaburan berjumlah RM 55.24 bilion. Manakala bagi tempoh Januari hingga Jun 2024, sebanyak 821 projek pelaburan dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan telah diluluskan di Negeri Selangor dengan nilai pelaburan berjumlah RM 34.97 bilion.
-
Sila nyatakan 10 pelaburan yang nilai tertinggi dalam Negeri Selangor.
Pelaburan yang nilai tertinggi dalam Negeri Selangor mengikut sektor utama dan sub-sektor industri bagi tempoh Januari hingga Jun 2024 seperti berikut;-
-
Jumlah peluang pekerjaan yang diwujudkan dalam setiap sektor pelaburan di Negeri Selangor.
Jumlah peluang pekerjaan yang diwujudkan dalam setiap sektor pelaburan di Negeri Selangor bagi tempoh 2023 hingga Jun 2024 adalah sebanyak 63,912 potensi peluang pekerjaan. Daripada jumlah ini sebanyak 20,241 potensi peluang pekerjaan hasil daripada kelulusan bagi projek pelaburan dalam sektor pembuatan dan sebanyak 43,671 potensi peluang pekerjaan hasil daripada kelulusan projek pelaburan dalam sektor perkhidmatan.