Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
123) SKIM PERLINDUNGAN TAKAFUL INSURAN PESAWAH PADI
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status skim perlindungan takaful insuran pesawah padi dan perkembangan terkini skim tersebut?
Skim Takaful Tanaman Padi (STTP) telah dilancarkan pada 13 September 2024 bagi menggantikan TBTP (Tabung Bencana Tanaman Padi). STTP ini dilaksanakan sebagai tindakan penambahbaikan kepada TBTP kerana melindungi kemusnahan tanaman padi akibat bencana alam seperti banjir (sehingga RM3,000.00 sehektar semusim) dan serangan makhluk perosak dan penyakit tanaman (sehingga RM1,500.00 sehektar semusim). Agrobank dalam proses hebahan maklumat kepada pesawah dan agensi berkaitan. Dalam masa yang sama pengumpulan Data Pendaftaran Pesawah daripada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) sedang berjalan dan para pesawah diminta untuk membuka akaun dan mendaftar STTP di Agrobank. Sehingga kini seramai 330 orang telah berdaftar.
-
Senaraikan insentif dan bantuan kerajaan dalam mengurangkan bebanan pesawah dalam menghadapi isu kenaikan harga diesel, baja dan peningkatan kos yang lain.
Jawapan dijawab sekali dengan soalan 171(a) daripada Y.B Tuan Jefri Bin Mejan Insentif dan bantuan kerajaan dalam mengurangkan beban pesawah dalam menghadapi isu kenaikan harga diesel, baja dan peningkatan kos yang lain adalah seperti berikut:-
- Baja Subsidi Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP) – RM648.00/hektar
- Baja NPK Tambahan dan Racun di bawah Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP) – RM560.00/hektar
- Insentif Pembajakan Dan Penuaian – RM210.00 /hektar/musim
- Insentif Harga Padi melalui BERNAS – RM500/tan
- Insentif Bantuan Pesawah oleh Kerajaan Negeri – RM500/hektar
- Insentif Peningkatan Hasil Padi oleh Jabatan Pertanian – RM1.8 juta
- Insentif Pengurusan Pemuliharaan dan Peningkatan Kesuburan Tanah oleh IADA Barat Laut – RM1,750,000.00
- Insentif Pengurusan Teknologi Tepat dan Kelesterian Pertanian oleh IADA Barat Laut – RM750,000.00
- Insentif Mempelbagai Sumber Ekonomi dan Peningkatan Pendapatan Pesawah oleh IADA Barat Laut – RM200,000.00