Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
100) PEMBANGUNAN LEMBAH KLANG RAYA
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status pembangunan Lembah Klang Raya seperti yang diumumkan di dalam Belanjawan Negeri Selangor Tahun 2024 dengan peruntukan sebanyak RM2 juta?
Pembangunan Lembah Klang Raya sedang berjalan dengan memberangsangkan dan mengikut jadual yang ditetapkan. Projek ini menggabungkan empat (4) bandar utama iaitu Petaling Jaya, Subang Jaya, Shah Alam, dan Klang dengan tujuan menjadikannya kawasan metropolis yang bernilai tinggi. Lembah Klang Raya berpotensi menjadi gagasan ekonomi utama di Asia Tenggara dan mampu bersaing dengan bandar-bandar besar lain di rantau ini. Selain itu, pelbagai inisiatif sedang diambil untuk menyelaraskan undang-undang dan garis panduan di keempat-empat bandar ini bagi memastikan pembangunan yang mampan dan teratur.
Pejabat Urus Setia Sementara SGKV melalui Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) sedang dalam proses lantikan perunding untuk penyediaan Comprehensive Development Plan yang dinamakan Blueprint SGKV 2035 serta Kajian Penandarasan dan penggubalan enakmen dengan anggaran kos sebanyak RM 1.4 juta. Kedua-dua dokumen ini dijangka akan dimuktamadkan pada suku tahun kedua 2025. Pejabat Urus Setia Sementara SGKV jugasedang menyelaraskan proses inventori bagi mengenal pasti beberapa tapak yang berpotensi untuk projek flagship atau projek berimpak tinggi.