Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

95) PELANCONGAN

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah yang telah dan sedang dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk menambah jumlah kehadiran pelancong ke negeri ini?

    Berikut merupakan langkah-langkah yang telah dan sedang dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk menambah jumlah kehadiran pelancong ke Selangor.

    1. Kempen Pelancongan yang telah dilakukan.

    Bagi pasaran domestik, Kempen “Nak Bercuti,Pusing Selangor Dulu!” sedang giat dijalankan semenjak tahun 2021 bagi menarik para pelancong dari dalam negara sementara untuk pasaran antarabangsa, kempen “Splendid Selangor, Take Me Anywhere”. Kedua-dua kempen ini telah dijalankan serentak bagi setiap pasaran yang diterokai.

    1. Kempen Pelancongan yang sedang dilakukan.

    Pihak Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor telah membuat persediaan dan melancarkan kempen Tahun Melawat Selangor 2025, yang merupakan hala tuju kempen promosi pelancongan yang terbaharu yang akan menjalankan aktiviti promosi pelancongan dalam skala yang besar yang bertujuan untuk meningkatkan profil dan kemajuan industri pelancongan di Negeri Selangor.

    1. Penyediaan Konten Kreatif dan Promosi melalui Media Sosial.

    Tourism Selangor turut bergerak aktif di dalam mempromosikan destinasi pelancongan menarik yang terdapat di negeri Selangor melalui 16 akaun rasmi pelbagai Bahasa di Digital Platform Rasmi Tourism Selangor seperti di Facebook, Instagram, Twitter dan yang terbaru di TikTok yang sehingga hari ini  mempunyai jumlah pengikut lebih dari 800,000 dan jumlah capaian sebanyak 55 juta.

    1. Penganjuran Program FAM Trip

    Tourism Selangor juga telah menganjurkan siri-siri Familiarization Trip (FAM TRIP) kepada media-media antarabangsa ,Influencer antarabangsa , Agensi Pelancongan luar negara dan penggiat industri yang lain. Antara tujuan pelaksanaan Fam Trip ini adalah bagi memberi pendedahan tentang  keunikan pelancongan yang terdapat di negeri Selangor.

    1. Penganjuran Program Promosi berkala

    Program promosi terbahagi kepada dua sasaran pasaran iaitu domestik dan antarabangsa. Bagi penganjuran Program Promosi Pelancongan Domestik, antara inisiatif yang telah dan sedang diadakan adalah seperti Selangor Travel Fair, Penyertaan dalam MATTA Fair, Skuad Visit Selangor Year, dan Program Jelajah Negeri. Manakal, Program Promosi Luar Negara, seperti ITB Berlin, SATTE India, Sales Mission di Eropah dan China.

    1. Penganjuran Acara Pelancongan

    Penganjuran Acara Pelancongan amat penting bagi menarik para pelancong untuk datang ke Negeri Selangor. Antara acara pelancongan yang telah diadakan seperti, Wings of KKB, Raja Muda International Regatta, Bon Odori Festival, Petronas Grand Prix MotoGP 2024 dan sebagainya.

  2. Apakah terdapat program yang menumpukan kepada pelancongan perubatan memandangkan banyak hospital swasta di negeri ini mampu menangani penyakit kronik yang dihidap pelancong?

    Berikut merupakan beberapa program yang telah dijalankan bagi membangunkan industri pelancongan perubatan (Medical Tourism) oleh Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor.

    1. Penyertaan siri promosi pelancongan : MHX EXPO Jakarta 2020
    2. Lawatan Kerja Domestik ke Penang Global Tourism
    3. Webinar Healthcare Tourism For Post Covid 19
    4. Webinar Insight 2020 bersama pihak Malaysia Healthcare Travel Council
    5. Taklimat Bersepadu covid19 bagi segmen pelancongan kesihatan Negeri Selangor
    6. Kempen Focus Tourism Live Talk
    7. Penyertaan siri promosi pelancongan : MHX Expo Jakarta 2022
    8. Penyertaan siri promosi pelancongan : MHX Expo Medan 2022
    9. Key Oppion Leader siri video bersama MHTC pada tahun 2023
    10. Sesi Product Update & Fam Trip Pelancongan Kesihatan 2023
    11. Medical Tourism Media (Indonesia ,Filipina & Bangladesh) Fam Trip 2023
    12. Tahun 2024
    13. MHX Expo Surabaya, Selangor Week 2024
    14. FAM TRIP Pelancongan Kesuburan pasaran China
    15. FAM Trip Media bersama Kumpulan KPJ Healthcare

Lampiran

Tiada Lampiran.