Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

91) SARINGAN KESIHATAN WARGA EMAS

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Puan Mariam Binti Abdul Rashid

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan statistik peserta Selangor Saring dari segi umur dan jantina.

    Berikut adalah statistik peserta Selangor Saring tahun 2024 dari segi umur dan jantina:

    Berdasarkan jadual tersebut, kumpulan umur 46 hingga 64 tahun merupakan kumpulan umur yang paling ramai menjalani Program Saring Selangor iaitu berjumlah 2,673 orang manakala kaum wanita adalah lebih ramai menjalani Saring Selangor berbanding lelaki iaitu seramai 5,080 orang.

  2. Bagaimana perancangan kerajaan bagi melaksanakan program saringan kesihatan khas untuk warga emas?

    Soalan bagi (b) dan (c) akan dijawab bersekali.

    Untuk makluman Yang Berhormat, buat masa kini, Kerajaan Negeri sedang dalam pelaksanaan program rintis berkaitan pencegahan keuzuran di kalangan warga emas yang sedang dilaksanakan oleh BeVital, sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO). Melalui program ini, golongan warga emas terpilih akan menjalani penilaian asas status kesihatan warga emas dan saringan keuzuran. Selain itu, modul kesedaran dan pendidikan melalui ceramah interaktif, sesi senaman yang ringkas dan praktikal serta rawatan fisioterapi akan turut diadakan di sepanjang program ini. Sehingga 30 Oktober 2024, seramai 1,688 warga emas telah menjalani program ini. Kerajaan Negeri akan menilai keberkesanan program ini selepas ianya tamat pada bulan Disember 2024 sebelum dipertimbangkan untuk diteruskan pada tahun hadapan.

    Negeri Selangor merupakan antara negeri yang mempunyai golongan warga emas teramai di Malaysia. Justeru itu, Kerajaan Negeri dalam perancangan bagi merangka inisiatif berkaitan penjagaan kesihatan bagi golongan warga emas terutamanya bagi mereka yang tidak mempunyai kemampuan mendapatkan perkhidmatan penjagaan di pusat jagaan atau tidak mempunyai penjaga yang bersesuaian untuk menjaga dan mengurus keperluan seharian mereka. Pihak saya akan mengadakan perbincangan lanjut bersama Yang Berhormat Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat dan Yang Berhormat Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan dalam merangka pelan dan program yang bersesuaian untuk kebajikan warga emas termasuk dalam aspek kesihatan.

  3. Adakah ada inisiatif tambahan yang akan diperkenalkan untuk meningkatkan kesedaran warga emas mengenai kepentingan penjagaan kesihatan pencegahan?

Lampiran

Tiada Lampiran.