Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

89) RANCANGAN PEMBANGUNAN PEKAN PELABUHAN KLANG

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini Rancangan Pembangunan Pekan Pelabuhan Klang?

    Kerja-kerja naiktaraf infrastruktur di Persiaran Raja Muda Musa, Jalan Syahbandar dan sekitarnya di Pelabuhan Klang telah dimulakan pada 12.04.2024 dengan kos RM797,361.00 dan dijangka siap pada 01.08.2024 yang lalu. Walaubagaimanapun dianggarkan 97% telah siap dan tinggal kerja-kerja premix sebelum disiapkan sepenuhnya. Kerja-kerja menaiktaraf melibatkan :

    • Menaiktaraf laluan pejalan kaki.
    • Membaikpulih pepulau dan median.
    • Mengecat pier jejambat.
    • Membina tonggak jalan (bollard)
    • Kerja-kerja landskap kejur iaitu pasu konkrit dan papan tanda.
  2. Bilakah pihak Majlis Bandaraya Diraja Klang akan memajukan pekan Pelabuhan Klang kerana sehingga kini tiada apa-apa perkembangan walaupun setelah 5 kali perkara ini dibangkitkan di dalam Sidang Dewan Negeri Selangor sebelum ini?

    Kerja-kerja naiktaraf akan diteruskan secara berperingkat mengikut fasa. Kerja-kerja bagi Fasa 1 dan Fasa 2 telah dimulakan. Kerja seterusnya melibatkan Fasa 3 iaitu kerja-kerja pembersihan “Pocket Park” sediada, rekabentuk Landskap Plaza dan Mercu Tanda. Manakala bagi Fasa 4 cadangan melibatkan meroboh dan membina semula tapak gerai sediada dan menyediakan gerai berkonsepkan kontena di tapak baru.

Lampiran

Tiada Lampiran.