Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
67) PENGGERAK BELIA SELANGOR (PEBS)
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila senaraikan 10 PeBS yang paling aktif pada tahun ini.
Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Belia telah melaksanakan pelantikan Penggerak Belia Selangor (PeBS) bermula daripada Mei 2024. Sehingga Oktober 2024, seramai 267 orang PeBS telah dilantik meliputi 267 zon di Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor. Majlis Sukan Negeri Selangor selaku urus setia penuh kepada PeBS akan sentiasa membuat pemantauan bagi memastikan keaktifan PeBS dan keberkesanan program-program yang dijalankan.
Berikut merupakan butiran PeBS yang paling aktif mengikut zon dan bilangan program;
-
Apakah sebab utama kerajaan mengendalikan sistem PeBS ke zaman PeBT iaitu mengikut zon PBT berbanding dengan sistem PeBS dijaga bawah ADN? Adakah penukaran sistem ini membawa kemajuan atas urusan PeBS?
Penggerak Belia Selangor (PeBS) atau dulu dikenali sebagai Penggerak Belia Tempatan (PeBT) telah menjangkau 16 tahun penubuhannya. Pelbagai kejayaan telah dikecapi dan ada dikalangan yang dulu terlibat dengan PeBT/PeBS telah menjadi pimpinan utama parti masing-masing. Sepanjang tempoh tersebut juga pelbagai penambahbaikan telah dilaksanakan bagi memastikan PeBS ini berjalan dengan baik.
Untuk makluman, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) telah bersetuju dan meluluskan pindaan struktur PeBS ini pada Februari 2024. Perubahan struktur ini meliputi perkara-perkara seperti berikut;
- Penambahbaikan Tatacara Penggerak Belia Selangor (PeBS);
- Penubuhan Jawatankuasa Belia Negeri Selangor (JKBNS) yang berperanan dalam proses pencalonan dan pelantikan PeBS. Ahli-ahli JKBNS ini terdiri daripada ADUN-ADUN muda yang dipilih oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Belia;
- Penyelarasan proses permohonan program dan tuntutan elaun; dan
- Penyelarasan domain Dasar Belia Selangor 2020 dan 10 Gaya Hidup Rakan Muda bagi program-program dilapangan.
Dengan penstrukturan yang baru ini, Kerajaan Negeri berharap PeBS yang telah dilantik ini boleh digilap sebagai pelapis pimpinan negeri pada masa akan datang. Kerajaan Negeri juga terbuka kepada sebarang cadangan khusus bagi pembangunan belia ini.