Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
57) ISU NEGERI WARGA TUA
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bilakah Selangor dijangka menjadi negeri Warga Tua?
Untuk makluman Yang Berhormat, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membahagikan tahap penuaan sesebuah negara dengan populasi 65 tahun ke atas kepada tiga kategori iaitu:
Di Malaysia, Dasar Warga Emas Negara (DWEN) mendefinisikan warga emas sebagai individu yang berumur 60 tahun dan ke atas. Pada tahun 2023, jumlah warga emas di Malaysia berjumlah 3.7 juta orang iaitu mewakili 11.3 peratus daripada jumlah penduduk. Manakala negeri Selangor mencatatkan jumlah warga emas seramai 822,000 orang iaitu 11.4 peratus.
Berdasarkan unjuran Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), negara akan mencapai status negara tua pada tahun 2030 jumlah warga emas mencapai 15 peratus. Selain itu, turut berlaku peningkatan jangka hayat penduduk iaitu 78.1 tahun dan penurunan kadar kesuburan (Total Fertility Rate) di Selangor kepada 1.5 anak.
-
Apakah perancangan kerajaan untuk menghadapi realiti ini?
Perubahan demografi yang berlaku sudah tentu memberikan cabaran yang besar terhadap aspek ekonomi, sosial dan pembangunan negeri. Oleh itu, negeri Selangor akan menjadi negeri pertama yang melancarkan Dasar Ekonomi Penjagaan Negeri Selangor dan pelan Tindakan 2024-2030 pada Persidangan Dewan Negeri kali ini. Dasar ini akan memberi perhatian kepada aspek penjagaan yang berkualiti, mudah diakses dan mampu milik untuk warga emas.
Selain itu, Kerajaan Negeri Selangor juga sedang melaksanakan kajian bagi membangunkan Dasar Warga Emas Selangor. Kajian tersebut akan mengenal pasti dan memahami keperluan kesihatan, sosial dan ekonomi warga emas di Selangor. Hasil kajian akan digunakan bagi membangun rangka kerja untuk dasar inklusif bagi warga emas di Selangor.
-
Bagaimanakah perkara ini akan menjejaskan produktiviti negeri?
Sebagai negari menua, perubahan demografi sudah pasti mempengaruhi pasaran tenaga kerja di masa hadapan. Bilangan saiz isi rumah akan menjadi semakin mengecil serta berlakunya peningkatan nisbah tanggungan bagi penduduk tua. Di Selangor, nisbah tanggungan bagi penduduk tua meningkat kepada 11.4 pada tahun 2024. Situasi ini menjejaskan produktiviti negeri dalam aspek pengurangan tenaga kerja muda, beban kerja yang meningkat serta penurunan produktiviti pekerja lanjut usia.