Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

54) ISU GERAI HARAM

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Abbas Salimmi Bin Che Adzmi @ Azmi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Terdapat premis gerai yang diberi lesen walaupun berada di tanah yang tidak sah. Apakah pendirian dan tindakan Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan masalah ini?

    Yang Berhormat sekalian, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak melesenkan mana-mana gerai haram yang didirikan di atas tanah kerajaan atau tanah yang tidak sah. Tindakan sitaan dan kompaun akan dilaksanakan di bawah peruntukan Undang-Undang Kecil PBT, UUK Penjaja 2007 dan UUK Pelesenan Establisymen Makanan 2007 jika premis perniagaan tidak mempunyai lesen perniagaan.

    Walaubagaimanapun, sekiranya premis didirikan di atas tanah rizab atau tanah kerajaan, dokumen yang disyaratkan adalah perlu mengemukakan salinan permohonan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) daripada Pejabat Daerah Dan Tanah (PDT). Pihak PBT akan mempertimbangkan permit perniagaan sementara dalam tempoh 6 bulan (tempoh percubaan) dengan syarat pemilik perlu mengemukakan kelulusan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) daripada Pejabat Daerah Dan Tanah (PDT) bagi kelulusan pembaharuan permit akan datang.

Lampiran

Tiada Lampiran.