Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

48) PROJEK EKVE (EAST KLANG VALLEY EXPRESSWAY) DUSUN TUA – AMPANG

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan sempadan penyelenggaraan projek tersebut khasnya di dalam DUN Dusun Tua.

    Had penyelenggaran projek EKVE adalah seperti berikut.

    1. Simpang Jalan Kuari (Jalan Hulu Langat FT3210 – Jalan Kuari)

    Had sempadan EKVE adalah 500 meter di Jalan Hulu Langat FT3210 dan 950 meter di Jalan Kuari Sungai Long

    1. Jambatan BR 16 Sg Michu (FT3210)

    Had sempadan EKVE adalah 100 meter selepas Jambatan Sg Michu

    1. Jambatan BR 18 Jalan Ampang – Hulu Langat (B62)

    Had sempadan EKVE adalah 250 meter

  2. Apakah tanggungjawab EKVE dalam menyelenggara jambatan dan persimpangan Jalan Kuari Sungai Long yang sering rosak dan menjadi punca kemalangan akibat jalan yang tidak diselenggara dengan baik?

    Merujuk kepada kelulusan pelan jalan perparitan (Jalan Industri Hulu Langat (FT3210) – Jalan Kuari) bertarikh 14 februari 2018, pihak EKVE telah diserah hak dan bertanggungjawab sepenuhnya untuk menyelenggara jalan industri Hulu Langat disebabkan oleh skop. JKR sentiasa memaklumkan tindakan pembaikan perlu dilaksanakan pihak EKVE sekiranya terdapat kerosakan dan aduan pada seksyen tersebut. Tindakan pihak ketiga akan diambil sekiranya tiada pembaikan dibuat.

            *BR = Bridge