Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
35) TANGKAPAN ANJING LIAR
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah "Standard Operating Procedure" yang diguna pakai oleh PBT dalam menangkap anjing liar di Selangor?
Standard Operating Procedure yang digunakan oleh PBT di Negeri Selangor adalah dengan merujuk kepada Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Bilangan 5 Tahun 2014 : Tatacara Operasi Piawai (SOP) Penangkapan dan Pelupusan Anjing Terbiar di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan.
-
Apakah langkah kerajaan untuk memastikan bahawa penangkapan anjing liar dilakukan secara berperikemanusiaan tanpa menyebabkan kesakitan atau penderitaan yang tidak perlu kepada haiwan tersebut?
Berdasarkan kepada Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Bilangan 5 Tahun 2014 : Tatacara Operasi Piawai (SOP) Penangkapan dan Pelupusan Anjing Terbiar di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan, terdapat 3 kaedah penangkapan yang digunakan iaitu:
- Penggunaan perangkap iaitu pemasangan perangkap di kawasan hot-spot;
- Tangkapan menggunakan jaring dan loop; dan
- Menggunakan umpan.
Selain itu, kakitangan PBT yang terlibat juga diberikan latihan bagi pengurusan dan pengendalian anjing liar.