Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
31) KEBAJIKAN DAN PENDIDIKAN KANAK-KANAK
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Yew Jia Haur
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah inisiatif kerajaan untuk memperkasakan kebajikan dan pendidikan kanak-kanak di negeri ini?
Kerajaan Negeri Selangor telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memperkasakan kebajikan dan pendidikan kanak-kanak bagi memastikan masa depan yang lebih baik untuk anak-anak negeri Selangor. Pendidikan memainkan peranan penting dalam membangunkan modal insan dan meningkatkan taraf hidup rakyat. Antara inisiatif utama yang ditawarkan adalah seperti berikut:
- Program Bantuan Tadika Selangor (TUNAS)
Program TUNAS yang dikendalikan oleh Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) merupakan program yang menyediakan subsidi kepada ibu bapa bagi menampung yuran tadika sehingga RM50.00 setiap bulan dan akan dibayar kepada tadika di negeri Selangor yang berdaftar di bawah program ini. Inisiatif ini bertujuan untuk meringankan beban keluarga berpendapatan RM3,000 ke bawah dalam perbelanjaan yuran tadika anak-anak mereka dan memastikan kanak-kanak dari keluarga berpendapatan rendah mendapat peluang untuk memulakan pendidikan awal yang berkualiti, yang merupakan asas penting dalam perkembangan akademik mereka.
2. Iltizam Anak Selangor (ANAS)
Program Iltizam Anak Selangor merupakan skim di bawah jenama Iltizam Selangor Penyayang di bawah kelolaan Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) dan menyasarkan 30,000 orang anak-anak yang baru lahir di Negeri Selangor bermula kelahiran tahun 2022. Setiap permohonan yang berjaya akan dibukakan akaun Simpan SSPN Prime dan akan menerima wang tabungan bernilai RM100 setahun untuk tempoh 5 tahun yang akan dikreditkan ke akaun tersebut bermula tahun 2022.
3. Skim Bantuan Asuh Pintar
Skim bantuan yuran TASKA atau Nurseri di bawah kelolaan Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) anak-anak mereka yang berusia 4 tahun ke bawah sebanyak RM100 setiap bulan. Bantuan yuran tersebut akan dibayar terus kepada TASKA atau Nurseri.
4. Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS)
Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) oleh Menteri Besar Incorporated (MBI) merupakan program pendidikan oleh Kerajaan Negeri yang menyediakan modul dan kelas tambahan percuma kepada pelajar dalam enam (6) subjek utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Sains, dan Sejarah.
5. Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor
Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor yang diurusetiakan oleh Jawatankuasa Tetap Pendidikan dan Modal Insan merupakan inisiatif bagi membaikpulih infrastruktur sekolah dalam penyediaan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang selamat dan kondusif kepada guru dan pelajar dengan peruntukan berjumlah RM26,500,000.00 bagi tahun 2024.
6. Perpustakaan Mesra Transit
Perpustakaan Mesra Transit oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Seangor (PPAS) adalah perkhidmatan oleh PPAS yang menyediakan persekitaran kondusif, selamat dan selesa kepada anak-anak terutamanya semasa peralihan sesi dan selepas waktu persekolahan bagi pelajar sekolah rendah dan menengah. Sebanyak 13 buah perpustakaan terlibat dalam projek perintis ini dan kesemua perpustakaan ini dilengkapi dengan bilik air yang lengkap termasuk pancuran air (shower) untuk mandi serta kafe atau pantri bagi memudahkan anak-anak makan sebelum pergi sekolah atau habis sekolah juga tempat solat dan rehat yang selesa.
Selain itu, Perpustakaan Mesra Transit ini juga dapat membantu para pelajar menyiapkan kerja sekolah dan menjalankan perbincangan dalam kumpulan sebelum pulang ke rumah.
Melalui inisiatif-inisiatif ini, Kerajaan Negeri Selangor sentiasa berusaha memainkan peranan penting dalam menyediakan bantuan dan sokongan bagi menyokong hak kebajikan dan pendidikan agar sentiasa terpelihara serta meningkatkan peluang anak-anak di Selangor untuk memperoleh pendidikan yang berkualiti.
-
Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengelakkan kes seperti GISB terhadap kanak-kanak berlaku pada masa depan?