Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
28) TENAGA KERJA DI SEKOLAH KAFA, KAFAI DAN SRA
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Penambahan murid yang mendadak memerlukan penambahan tenaga kerja seperti guru, kerani pejabat, tukang kebun dan pengawal keselamatan perlu diberi perhatian.
JAIS sentiasa mengambil inisiatif dan langkah-langkah yang sesuai untuk menyelaraskan keperluan tenaga sumber manusia dan keselamatan pelajar di sekolah berdasarkan dasar agensi-agensi terlibat dan keupayaan kewangan kerajaan.
-
Cadangan pembinaan sekolah-sekolah agama di Bandar Cyber South, Cyberjaya dan Kota Warisan kerana penambahan penduduk yang semakin padat.
JAIS telah memasukkan pembinaan SRA Kota Warisan dalam RMK-12 dan kerja-kerja akan dilakukan pada tahun 2025. Manakala bagi Cyberjaya telah dikenalpasti tapak sekolah bersebelahan Masjid Cyber 10 untuk pewartaan dan akan dicadangkan untuk dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).