Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

25) PELAN JANGKA PANJANG KERAJAAN NEGERI UNTUK MEMBANGUNKAN SEKTOR PELANCONGAN DI SUNGAI BURONG

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah pelan jangka panjang Kerajaan Negeri untuk membangunkan sektor pelancongan di Sungai Burong dengan potensi sumber alam yang sedia ada?

    Berdasarkan Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Kuala Selangor 2035, antara produk pelancongan yang terlibat di kawasan Sungai Burong adalah terbahagi kepada:

    • Pelancongan Inap Desa – Homestay Sg. Sireh
    • Pelancongan Rekreasi – ATV Fun Ride Tanjong Karang
    • Pelancongan Agro – ‘Coconut Farm Village’
    • Pelancongan Makanan dan Beli-Belah – Restoran Dangau Rimba Tanjong Karang

    Berdasarkan Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (Penggubahan 1) 2025, yang diwartakan pada 14 Febuari 2019 dengan no. warta 525, Kampung Sg. Burong Batu 12 dicadangkan sebagai salah satu pembangunan pelancongan.

    • Untuk makluman, Kampung Sg. Burong Batu 12 merupakan antara kawasan penanaman padi utama di Negeri Selangor dan ianya menjadi kekuatan potensi agro pelancongan dengan cara memajukan tempat-tempat tarikan pelancongan yang berhubungkait dengan penanaman padi seperti cadangan muzium padi, ‘agro village’ dan pelancongan desa-homestay.
    • Bagi cadangan pembangunan pelancongan ‘agro village’, gabungan komponen termasuklah muzium padi, muzium kebudayaan, ‘Agro resort’ yang berdensiti rendah, dan juga penghayatan kehidupan petani untuk kawasan kampung yang berhampiran.
    • Cadangan ‘Pelancongan Desa – program Homestay’ pula adalah dengan penyediaan rumah-rumah ‘hos’ yang berminat, dewan orang ramai dan pusat industri desa, dan sebagainya.

    Majlis Perbandaran Kuala Selangor sentiasa mempromosikan pelancongan daerah Kuala Selangor di dalam dan juga di luar negara. Pelancongan di DUN Sungai Burung adalah berkonsepkan Agro Tourism. Antara pelancongan yang terdapat di sana adalah Inap Desa Sg Sireh yang mengetengahkan pelancongan suasana dan aktiviti kampung, manakala di Taman Agroteknologi Mardi Sungai Sireh pula terdapat galeri padi, aktiviti memancing ikan, menanam padi dan pelbagai aktiviti disana.

Lampiran

Tiada Lampiran.