Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
24) BANTUAN BENCANA
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Mohd Rafiq Bin Mohd Abdullah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Selepas kejadian banjir di Kuang baru-baru ini, ramai mangsa banjir ingin membuat permohonan bantuan bencana tetapi menghadapi masalah untuk menghantar permohonan. Apakah perancangan kerajaan bagi memudahkan permohonan dan pemprosesan permohonan mangsa banjir terbabit?
i. Kerajaan Negeri Selangor memberikan bantuan berdasarkan kadar dan kaedah yang telah dinyatakan di dalam ketetapan Surat Ikatan Amanah Tabung Bencana Khas Negeri Selangor yang berkuatkuasa mulai 9 Februari 2023 :
ii. Untuk makluman YB, setiap daerah telah diperuntukkan sejumlah RM50,000.00 melalui Tabung Bencana Daerah. Selain itu, Pegawai Daerah selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah boleh membuat pengeluaran wang tunai sejumlah RM10,000.00 melalui sistem Auto-Teller Machine (ATM) bagi tujuan penyerahan bantuan kepada mangsa bencana dengan kadar segera.
iii. Punca kelewatan pembayaran sumbangan adalah disebabkan oleh perkara-perkara seperti berikut:
- Dokumen permohonan yang tidak lengkap.
- Permohonan adalah daripada individu bukan warganegara.
- Permohonan yang bertindih.
- Permohonan daripada individu bukan mangsa bencana.
iv. Berikut adalah langkah-langkah penyelesaian yang dilaksanakan:
- Penyerahan berfasa untuk permohonan lengkap dan berkelayakan.
- Dokumen laporan polis dibuat secara berkumpulan untuk satu kawasan yang terkesan akibat bencana.
- RM 50,000.00 disediakan dalam tabung bencana peringkat daerah bagi memudahkan pengeluaran dan penyerahan bantuan kepada mangsa.
- Peruntukan tambahan khas bagi bencana besar dalam tempoh 7 hari setelah dokumen permohonan lengkap diperolehi daripada Pejabat Daerah dan Tanah.