Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
19) PENYELESAIAN ISU HAKMILIK STRATA
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan bilangan kes hakmilik strata yang sedang diteliti Taskforce Penyelesaian Hakmilik Strata pada tahun 2024.
Untuk makluman Yang Berhormat sehingga 31 Oktober 2024, sebanyak 649 Skim melibatkan 138,817 petak telah dikenal pasti oleh Jawatankuasa Taskforce yang masih belum memiliki hakmilik strata di seluruh Negeri Selangor. Jawatankuasa telah memperincikan skim yang berkenaan mengikut PBT seperti berikut :
-
Nyatakan bilangan kes yang selesai dan bilangan kes tertunggak di Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
Untuk makluman Yang Berhormat, bilangan kes hakmilik strata yang telah selesai adalah sebanyak 112 kes. Manakala bagi bilangan kes hakmilik strata yang tertunggak adalah sebanyak 75 kes bagi Kawasan Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
-
Berapa peratus daripada KPI Taskforce telah dicapai bagi tahun 2024?
Untuk makluman Yang Berhormat, sasaran Jawatankuasa Khas bagi tahun 2024 adalah menyediakan inventori bangunan tanpa hakmilik strata di seluruh Negeri Selangor dan mengenal pasti projek yang berpotensi untuk diselesaikan oleh pihak Jawatankuasa Khas.
Sehingga Oktober 2024, pihak Jawatankuasa Khas telah menyempurnakan kedua-dua tugasan tersebut dan disamping itu, berjaya menyelesaikan 2 kes bangunan tanpa hakmilik strata iaitu:-
- Taman Putra Perdana, Sepang
- Shop Apartment Antilia, Bandar Tasik Puteri, Rawang