Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

15) PRESTASI KEWANGAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Danial Al-rashid Bin Haron Aminar Rashid

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan kerajaan dalam inovasi mendapatkan hasil baharu pada tahun 2025?

    Pada tahun 2024 Kerajaan Negeri melalui MMKN ke 23/2024 yang diadakan pada 21 Ogos 2024 yang telah disahkan oleh MMKN ke 24/2024 pada 28 Ogos 2024 telah meluluskan Cadangan penetapan dan penyelarasan mekanisme sumbangan dan dividen tahunan oleh Anak Syarikat/Badan Berkanun/Agensi Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Negeri bagi tujuan pelaksanaan Program Berkaitan Tanggungjawab Sosial Korporat (Program CSR).

    Dengan penetapan dan penyelarasan ini hasil baharu dapat di jana setiap tahun berjumlah RM61.98juta. Perincian hasil seperti berikut:

    Selain itu, Hasil Kerajaan Negeri bergantung kepada tiga sumber iaitu Hasil Cukai, Hasil Bukan Cukai dan Terimaan Bukan Hasil. Antara penyumbang utama kepada hasil Kerajaan Negeri adalah sumber tanah yang meliputi cukai tanah, premium, permit tanah dan galian dan bayaran perkhidmatan berkaitan tanah yang meliputi sebanyak 80%. Manakala selebihnya adalah daripada Hasil Bukan Cukai dan Terimaan Bukan Hasil.

    Oleh yang demikian, bagi meningkatkan pendapatan negeri selain daripada cukai tanah, premium, permit tanah dan galian, Mesyuarat Jawatankuasa Mengkaji Hasil Negeri yang dianggotai oleh Jabatan Pemungut Hasil sentiasa mengkaji hasil-hasil baharu dan juga mengenal pasti usaha meningkatkan hasil yang sepatutnya diperolehi dari semasa ke semasa.

    Selain daripada itu juga Kerajaan Negeri akan menumpukan terhadap pengurusan sumber air yang lestari (Zero Discharge Policy) dan pelarasan caj abtraksi air.

  2. Berikutkan pencapaian KDNK memberangsangkan, apakah usaha Kerajaan Pusat membantu Kerajaan Negeri dari sudut kewangan?

    Kerajaan Persekutuan sentiasa membantu Kerajaan Negeri dengan menyalurkan peruntukan kewangan untuk memastikan pembangunan Negeri Selangor berdaya saing. Antara peruntukan kewangan yang disalurkan kepada Kerajaan Negeri secara tahunan adalah seperti berikut :-

    1. Geran MARRIS
    2. TAHAP (Pemberian Berdasarkan Tahap Pembangunan Ekonomi, Infrastruktur dan Kesejahteraan Hidup)
    3. Ecological Fiscal Transfer For Biodiversity Conservation (EFT)
    4. 10 peratus Penglibatan Kakitangan Kerajaan Negeri Selangor dalam Projek Persekutuan.
    5. 50% Belanja Mengurus
    6. Geran Bilangan Penduduk Selangor (Capitation Grant)
    7. Geran Pemberian Pelancongan
  3. Berapakah jumlah belanjawan setiap PBT di Negeri Selangor bagi tahun 2025?

    Belanjawan PBT bagi tahun 2025 belum dibentangkan di dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). Belanjawan tersebut dijangka dibentangkan pada hujung bulan November 2024.

Lampiran

Tiada Lampiran.