Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

9) TAHUN MELAWAT SELANGOR 2025

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah strategi kerajaan secara keseluruhan untuk mempromosi Tahun Melawat Selangor 2025?

    Berikut merupakan strategi kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor sebagai Agensi Promosi Pelancongan Rasmi Negeri untuk mempromosikan sektor pelancongan negeri sempena penganjuran Kempen Tahun Melawat Selangor 2025.

    • Penganjuran Kempen Pengiklanan bersasar seperti Pengiklanan melalui pesawat Air Asia, Paparan Billboard ‘Outdoor’ dan ‘Digital, Media Cetak, Media Elektronik, Media Sosial, Online dan Atas Talian.
    • Penganjuran Program Promosi Pelancongan Domestik, seperti Selangor Travel Fair, Penyertaan dalam MATTA Fair, Skuad Visit Selangor Year, dan Program Jelajah Negeri.
    • Penganjuran Program Promosi Luar Negara, seperti World EXPO 2025 Osaka, Japan, ITB Berlin 2025, OTM Mumbai, India 2025, ATM Dubai 2025, Sales Mission India, ITB China, Shanghai 2025 dan Sales Mission China, Macau dan Taiwan.
    • Penganjuran Acara Pelancongan dan Kalendar Acara Tahun Melawat Selangor 2025, yang menyenaraikan beberapa acara utama seperti, Art of Speed 2025, Keretapi Sarong 2025, Anugerah Pelancongan Selangor, Festival Sawah Padi 2025, Festival Bon Odori 2025, Grad Prix Petronas Moto GP, Selangor Food Mega Festival bertemakan Sate & Durian dan Miss Kebaya Selangor.
    • Penyediaan konten kreatif dan promosi melalui laman media sosial seperti, program promosi kempen bersama dengan pempengaruh, selebriti dan KOL, penyediaan travelog pelancongan dan sebagainya.
    • Penganjuan program Mega FAM (Familiarization) Trip sepanjang tahun 2025 bersama agensi pelancongan, persatuan pelancongan, dan media tempatan serta antarabangsa.
    • Memperkenalkan inisiatif Geran Industri Pelancongan, sempena Tahun Melawat Selangor Geran khas ini diwujudkan bertujuan sebagai suntikan insentif kepada para penggiat industri pelancongan dalam usaha mempromosikan dan menyemarakkan kempen TMS2025.
    • Penganjuran program pembangunan produk pelancongan seperti Selangor Hos Komuniti, Program Heritage Walk dan Program Pengiktirafan Produk Pelancongan.
  2. Adakah kerajaan akan memberi tumpuan kepada bahagian selatan Selangor seperti Serdang, Kajang dan Hulu Langat?

    Ya, sememangnya pihak kerajaan akan memberi tumpuan kepada bahagian selatan Selangor dengan memperkenalkan program promosi khas Anjung Selatan Negeri Selangor, ianya lebih terkenal sebagai ‘Pintu Masuk’ negara yang sememangnya mempunyai potensi dan peluang besar untuk memastikan setiap pelancong yang masuk ke Malaysia akan mengambil peluang untuk menginap dan berkunjung ke produk pelancongan yang ada di sekitar lapangan terbang antarabangsa. Ianya melibatkan beberapa daerah seperti Sepang, Kuala Langat, Hulu Langat dan Petaling (Subang Jaya).

    Bagi pelancongan yang terdapat di Anjung Selatan, antara produk-produk yang menjadi tumpuan adalah seperti :

    • Ladang Buah Naga
    • Pantai Bagan Lalang
    • Ladang Buluh ( Bamboo Farm )
    • Sungai Sepang Besar, Jeti Sirip Biru
    • Mitsui Outlet Park
    • Avani Sepang Gold Coast
    • Homestay Banghuris
    • Gamuda Discovery Park
    • Splash Mania
    • Paya Indah Wetlands
    • Bangi Wonderland
    • Ladang Farm Fresh UPM
    • MAEPS Serdang
    • Cyberjaya
  3. Apakah program yang menglibatkan kerjasama dengan Pusat Khidmat DUN untuk mempromosikan kawasan masing-masing?

    Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor sememangnya memainkan peranan dalam mempromosikan produk pelancongan tempatan dan turut bekerjasama dengan semua pihak termasuk Pusat Khidmat DUN dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Antara program kerjasama yang dilaksanakan adalah seperti berikut:

    1. Penganjuran program, acara dan pameran pelancongan oleh Tourism Selangor dibuat di kawasan pelancongan di bawah kelolaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan ADN bertujuan untuk mewujudkan kesedaran terhadap produk-produk baharu yang terdapat di daerah tersebut seperti program Wings of KKB, Pesta Sayap, Pesta Kelaut Kelanang, Karnival Ban Canal dan sebagainya;
    2. Selain itu, Tourism Selangor juga turut berkolaborasi dengan PBT melalui penyertaan sebagai delegasi yang mewakili Negeri Selangor ke siri promosi pelancongan di luar negara seperti program ITB Berlin dan Malaysia Fair Jepun (penglibatan MPKS, MPHS dan MPKL);
    3. Menawarkan lawatan FAM Trip kepada Agensi Pelancongan dan pengamal media ke produk-produk pelancongan di daerah-daerah di Negeri Selangor yang mempunyai potensi untuk dipromosikan sebagai destinasi pelancongan;
    4. Penganjuran acara-acara pelancongan berbentuk ‘community based tourism’ yang dianjurkan di beberapa kawasan yang berpotensi untuk dimajukan sebagai kawasan tarikan  pelancongan; dan
    5. Program lawatan teknikal yang dianjurkan oleh pihak Tourism Selangor dengan kerjasama dan penglibatan daripada Agensi-Agensi Kerajaan seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) secara berkala ke tempat-tempat pelancongan yang berpotensi untuk dipromosikan.

    Untuk makluman Yang Berhormat juga, Kerajaan Negeri sentiasa terbuka untuk menerima perkongsian idea dari Ahli-ahli Yang Berhormat dalam usaha membangunkan sektor pelancongan di Negeri Selangor. Justeru, sebarang cadangan atau idea boleh dikemukakan melalui pihak UPEN untuk diselaraskan bersama pihak-pihak yang berkepentingan.

Lampiran

Tiada Lampiran.