Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
7) PELABURAN
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri menjalankan proses pemilihan pelabur bagi pelabur-pelabur yang ingin melabur di Negeri Selangor?
Kerajaan Negeri secara aktif, sentiasa melaksanakan program – program promosi pelaburan bagi menarik pelaburan ke negeri Selangor. program – program misi lawatan penggalakkan pelaburan ke luar negara dan libat urus bersama dewan – dewan perniagaan sentiasa diadakan dalam dan di luar negara.
Dalam usaha membawa masuk cadangan projek – projek pelaburan ke Negeri Selangor, Kerajaan Negeri mengambil kira beberapa faktor seperti projek yang berasaskan teknologi tinggi, berintensifkan modal, projek yang menyediakan peluang kerja berkemahiran dan berpendapatan tinggi serta projek yang mampu membawa nilai tambah kepada ekonomi negeri dan setempat khususnya.
Dalam usaha menarik pelaburan, Kerajaan Negeri memberi penekanan kepada 7 industri tumpuan seperti Sains Hayat (Life Sciences), Pembuatan Makanan & Minuman (Food & Beverages), Pembuatan Produk Elektrik & Elektronik (Electrical & Electronic), Kelengkapan Pengangkutan (Transport Equipment) serta Mesin dan Peralatan (Machinery & Equipment) yang dilihat sebagai industri yang semakin berkembang di Selangor.
Selain itu, industri Perkhidmatan Logistik (Logistic Services) dan Digital Investment seperti Global Business Services (GBS), Data Centre serta Creative Content Technology turut dikenalpasti sebagai industri yang mampu memberi lonjakan kepada Negeri Selangor sebagai destinasi pelaburan utama di Malaysia.
Walaupun penekanan diberikan kepada industri tertentu, tetapi Kerajaan Negeri turut mengalu-alukan dan menerima pelaburan dalam industri yang lain untuk dibangunkan di Selangor.
Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor akan memantau dan menyelaras mesyuarat teknikal bersama agensi-agensi yang terlibat bagi memastikan pembangunan yang dirancang oleh para pelabur dapat disiapkan dalam tempoh masa serta mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
-
Apakah pula kriteria pelabur yang Kerajaan Negeri terima?
Kerajaan Negeri tiada menetapkan sebarang kriteria – kriteria tertentu atau khusus kepada pelabur yang hendak melabur di Negeri Selangor.
Pihak Kerajaan Negeri tiada halangan untuk menerima cadangan projek – projek pelaburan selagi mana ianya mematuhi syarat – syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh agensi – agensi teknikal yang berkaitan.