Kunjungan Prasarana Malaysia Bhd kepada Speaker Dewan Negeri Selangor

Shah Alam, 13 November 2024 – Kemajuan Projek pembinaan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) telah mencapai 97.5% setakat Ogos 2024 di mana pihak Prasarana sedang berusaha bersama kontraktor untuk mempercepatkan kerja-kerja pembinaan bangunan stesen di kawasan Bandaraya Shah Alam.

Projek ini kini berada di fasa akhir, dan dijangka 20 stesen pertama akan memulakan operasi pada tahun separuh tahun kedua 2025.

Pihak pengurusan projek LRT3 dari Prasarana Malaysia Bhd telah mengadakan pertemuan dengan Tuan

, Y.B. Tuan Lau Weng San untuk membincangkan kamajuan terkini projek LRT3 ini.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut adalah Timbalan Pengarah Projek LRT3, Ir. Abdul Baser Abdul Chani, dan Ketua Bahagian Infrastruktur Projek, Ir. Henny Shahril Kasiran.

Pihak pengurusan projek bahawa yakin 20 stesen pertama akan mula beroperasi mengikut jadual iaitu pada separuh tahun kedua 2025.

Lima lagi stesen dijangka akan siap pada tahun 2028, dan pada ketika itu, seluruh laluan LRT3 akan beroperasi sepenuhnya.

Pihak pengurusan projek menegaskan bahawa mereka akan terus bekerjasama rapat dengan kerajaan dan agensi berkaitan untuk memastikan projek ini berjalan lancar dan akan memberikan maklum balas terhadap sebarang kebimbangan yang timbul.

Dalam persidangan Dewan Negeri Selangor yang akan datang, beberapa orang Ahli Dewan telah mengemukakan soalan mengenai perkembangan projek LRT3.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila ikuti persidangan Dewan Negeri Selangor yang akan bermula dengan pembentangan RUU Perbekalan Tahun 2025 (Belanjawan) oleh YAB Dato’ Seri Amiruddin Shari pada 15 November nanti.