Shah Alam, 27 Ogos: Dewan Negeri Selangor telah menerima delegasi dari Republic of China, Taiwan seramai 17 orang sempena Program Pertukaran Polisi Selatan Baru Duta Pertanian Muda 2024 (Young Agricultural Ambassadors New Southbound Policy Exchange Program) terdiri daripada usahawan pertanian muda khusus dalam bidang pertanian, perhutanan, perikanan, penternakan haiwan, dan pemasaran perdagangan.
Ketibaan rombongan pada jam 2:30 petang di hadapan bangunan Wisma Dewan Negeri Selangor telah disambut mesra oleh YB Speaker dan YB Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor serta Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze, Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Pengurusan Air, Pertanian, Infrastruktur Dan Mobiliti (JPK – Infragro) sebelum mereka dibawa ke Bilik Gerakan untuk sesi perkongsian bersama Y.B. Tuan Ir. Izham Bin Hashim, EXCO Infrastruktur & Pertanian dan YB Speaker berkenaan Dewan Negeri Selangor.
Lawatan tersebut dimulai dengan ucapan aluan dan perbincangan mengenai bidang pertanian, perhutanan, perikanan, penternakan haiwan, dan pemasaran perdagangan bersama YB EXCO dan Pengerusi JPK-Infragro. Kemudian sesi diteruskan dengan penerangan mengenai Dewan Negeri Selangor oleh YB Tuan Speaker.
Delegasi turut dibawa melawat ke Chamber Persidangan Dewan Negeri Selangor oleh YB Speaker selepas sesi pertukaran cenderamata.