Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
399) PEMBINAAN MASJID KG LOMBONG
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Wan Dzahanurin Bin Ahmad
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status kemajuan pembinaan Masjid Kg Lombong di DUN Sungai Kandis?
Status kemajuan pembinaan Masjid Kampung Lombong di DUN Sungai Kandis adalah di peringkat rekabentuk terperinci oleh perunding Lead Consultant yang telah dilantik oleh pihak JKR Selangor pada 26 Januari 2024.
-
Bilakah tarikh siap pembinaan masjid tersebut mengikut jadual asal?
Anggaran tarikh siap pembinaan masjid ini adalah 2 tahun bermulanya tarikh serah tapak kepada pihak Kontraktor Utama projek ini.
-
Siapakah pihak yang berkepentingan dalam pembinaan masjid tersebut?
Pihak berkepentingan dalam projek pembinaan masjid ini ialah JAIS, MAIS, JKR Selangor, Perunding dan Kontraktor yang dilantik, PBT dan Agensi Teknikal serta Jawatankuasa Pembinaan Pembangunan Masjid.