Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

394) BANJIR KILAT DI KAWASAN SERI GAMBUT, BUKIT NAGA

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Wan Dzahanurin Bin Ahmad

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Setiap kali hujan lebat di kawasan Seri Gambut Bukit Naga, banjir kilat melanda terutama di Taman Pelangi. Apakah perancangan dari pihak Kerajaan Negeri (JPS, JKR, MBSA) untuk mengatasi masalah ini?

    Maklum balas Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)

    Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor sedang melaksanakan projek tebatan banjir yang dapat mengurangkan risiko banjir di kawasan Seri Gambut, Bukit Naga termasuk Taman Pelangi seperti berikut:-

    Bil. Tajuk Kerja Skop Kos

    (RM)

    Tarikh Mula

    Tarikh Siap

    Status
    1. Projek Tebatan Banjir Sungai Kandis Fasa 2, Daerah Klang, Selangor a)  Menaiktaraf tebing sungai

    b)  Pembinaan jambatan

    c)  Pengorekan sungai

    16,111,980.00 26.5.2023

    23.5.2025

    Dalam Pelaksanaan

     

    Jadual: 27%

    Sebenar: 24%

    (sehingga

    24 Jun 2024)

     

     

    Maklum Balas Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)

    Pihak Majlis telah melaksanakan projek di kawasan Bukit Naga melalui projek Cadangan Membaikpulih dan Menaiktaraf Sistem Pembentungan Serta Kerja-Kerja Berkaitan di Sebahagian Kampung Bukit Naga, Seksyen 32, Shah Alam Untuk Majlis Bandaraya Shah Alam. Kerja-kerja ini merangkumi kerja-kerja pemasangan pembentung kekotak di jalan laluan masuk ke perumahan. Kerja tersebut telah siap pada 21 Jun 2024.

  2. Huraikan sebab-sebab banjir kilat berlaku di kawasan Seri Gambut Bukit Naga ini terutama di Taman Pelangi?

    Maklum balas Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)

    Untuk makluman Yang Berhormat, kejadian banjir yang sering berlaku di kawasan Seri Gambut, Bukit Naga terutama di Taman Pelangi adalah disebabkan oleh sistem saliran yang tidak sempurna.

    Bagaimanapun, pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah menghasilkan pelan tindakan Shah Alam Sustainable Urban Drainage (SASUD) bagi  keseluruhan sistem saliran di kawasan Seri Gambut, Bukit Naga.

     

     

    Maklum Balas Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)

    Hasil semakan dan penelitian di tapak mendapati sistem saliran di dalam kawasan Taman Sri Pelangi  dalam keadaan yang baik. Pada ketika hujan lebat berlaku, aliran air dalam di dalam kawasan Taman Sri Pelangi tidak dapat membuat aliran ke longkang utama berikutan paras air longkang utama sangat tinggi. Ianya menyebabkan berlakunya ‘backflow’ di kawasan tersebut.

  3. Apakah bentuk bantuan / sumbangan daripada Kerajaan Negeri melalui agensi-agensi terpilih kepada mangsa banjir kilat?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri Selangor menyediakan bantuan wang ihsan kepada mangsa-mangsa bencana menggunakan peruntukan di bawah Kumpulan Wang Amanah Tabung Bencana Khas Negeri Selangor. Secara umumnya, bantuan wang ihsan ini diberikan kepada Ketua Isi Rumah yang melibatkan kejadian Banjir Kilat dengan kadar maksimum sebanyak RM250.00.

     

    Bil. Perkara Kadar Maksimum

    (RM)

    1. Banjir Kilat yang tidak melibatkan pemindahan mangsa (pembayaran tidak boleh melebihi kadar tahunan dan hanya rumah yang dimasuki air sahaja layak menerima bantuan kewangan) 250.00

    (kadar maksimum setahun)

     

    Selain daripada bantuan wang ihsan oleh Kerajaan Negeri Selangor, Agensi/ Jabatan Kerajaan yang lain turut memberikan bantuan/ sumbangan kepada mangsa-mangsa bencana seperti berikut:-

     

    • Bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor, meliputi kejadian bencana seperti banjir, ribut, tanah runtuh, dan kebakaran;

     

    • Bantuan daripada Menteri Besar (Pemerbadanan) (MBI) melalui Jabatan Tanggunjawab Sosial Korporat (CSR) yang menyumbangkan barang keperluan asas kepada mangsa-mangsa yang terlibat.

Lampiran

Tiada Lampiran.