Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

390) PANTAI MORIB

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini projek pembangunan pemuliharaan pantai Morib?

    Untuk makluman Yang Berhormat, berikut adalah perincian Projek Pembangunan Pemuliharaan Pantai Morib:-

     

    Bil. Tajuk Kerja Skop Kos

    (RM)

    Tarikh Mula

    Tarikh Siap

    Status
    1. Projek Pemuliharaan Pantai Morib a)     Pembinaan beach nourishment

    b)     Pembinaan seawall

    c)     Pembinaan breakwater

    d)     Pembinaan outlet structure

    e)     Pembinaan board walk

    f)      Pengindahan landskap

    47,312,035.70 1.9.2023

    1.7.2026

     

    Dalam Pelaksanaan

     

    Jadual: 19%

    Sebenar: 30%

    (sehingga

    24 Jun 2024)

  2. Adakah pelan asal telah berubah dan apakah sebabnya?

    Untuk makluman Yang Berhormat, tiada perubahan skop kerja melibatkan projek ini. Bagaimanapun, hanya terdapat pindaan pelan pembinaan bagi skop kerja beach nourishment dan seawall selaras dengan keadaan semasa tapak, di mana terdapat anjakan pembinaan seawall baharu dalam lingkungan 5 meter ke hadapan dari seawall asal disebabkan oleh terdapat mendapan dan pergerakan di kawasan seawall Pindaan pelan pembinaan bagi beach nourishment ini masih di peringkat penyediaan oleh perunding dan akan dimuktamadkan pada 4 Julai 2024. Walau bagaimanapun, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor telah mengadakan beberapa siri Mesyuarat Teknikal bagi meneliti reka bentuk yang paling optima dapat dilaksanakan dengan mengekalkan reka bentuk asal beach nourishment yang berbentuk “M”.

     

    Untuk makluman Yang Berhormat jua, projek ini menghadapi bantahan daripada pihak nelayan tempatan. Sehubungan itu, pindaan pelan pembinaan ini akan mengambil kira impak terhadap hasil tangkapan nelayan. Selain daripada itu, laluan kapal bagi penghantaran pasir dari konsensi pasir juga menghadapi halangan daripada pihak nelayan. Walaupun laluan tersebut telah diluluskan oleh Jabatan Laut Malaysia, pihak nelayan memohon agar pihak kontraktor menggunakan laluan alternatif yang lain.

     

    Pihak kontraktor perlu mencari laluan alternatif yang mengakibatkan pertambahan kos projek sebanyak RM1.3 juta disebabkan terdapat kerja-kerja pengorekan yang perlu dilaksanakan di laluan tersebut. Secara dasarnya, pertambahan kos ini tidak boleh dipertimbangkan kerana terdapat laluan asal yang telah diluluskan oleh Jabatan Laut Malaysia. JPS Negeri Selangor dalam proses membuat rundingan dengan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan pihak nelayan agar membenarkan pihak kontraktor menggunakan laluan asal yang telah diluluskan.

Lampiran

Tiada Lampiran.