Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

387) BANTUAN BLUEPRINT

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah peruntukan maksimum yang diberikan kepada setiap pemohon bantuan Blueprint ini pada tahun 2024?

    Untuk makluman Yang Berhormat Morib, peruntukan maksimum untuk Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan pada tahun 2024 adalah sebanyak RM10,000.00 iaitu selaras dengan had siling maksimum permohonan bagi program ini. Had siling ini telah mengambil kira faktor kenaikan harga peralatan dan mesin yang meningkat dari semasa ke semasa.

  2. Senaraikan penerima yang telah mendapat bantuan Blueprint dan jumlah peruntukan yang diberi kepada pemohon di DUN Morib dari tahun 2020 sehingga 2023.

    Untuk makluman Yang Berhormat, Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan adalah program bantuan yang dilaksanakan mengikut daerah di mana borang permohonan perlu dikemukakan ke Pejabat Daerah dan Tanah untuk diproses dan disiasat sebelum dibawa masuk ke dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan yang dipengerusikan oleh YB EXCO Pembasmian Kemiskinan.

     

    Data penerima Program Bantuan Peralatan Blueprint pembasmian kemiskinan bagi Daerah Kuala Langat adalah seperti dibawah:

     

    Namun yang demikian, data atau statistik rasmi berhubung penerima Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan bagi daerah Kuala Langat sahaja dari tahun 2020 sehingga 2023 adalah seramai 213 orang dengan peruntukan yang telah dibelanjakan sebanyak RM1,221,060.00 (Ringit Malaysia : Satu Juta Dua Ratus Dua Puluh Satu Ribu, Enam Puluh Sahaja).

  3. Apakah syarat-syarat terkini untuk memohon program bantuan Blueprint ini?

    Syarat-syarat terkini untuk permohonan bagi Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan adalah seperti berikut :-

     

    • Pemohon mestilah berumur 25 tahun dan ke atas;

     

    • Golongan individu ATAU seisi rumah yang berpendapatan di bawah RM3,000.00 sebulan;

     

    • Pemohon merupakan anak Negeri Selangor ATAU telah bermastautin melebihi sepuluh (10) tahun;

     

    • Pemohon merupakan pengundi berdaftar di dalam Negeri Selangor;

     

    • Perniagaan pemohon mestilah dijalankan di dalam Negeri Selangor dan telah beroperasi sekurang-kurangnya satu (1) tahun;

     

    • Peniagaan mestilah aktif/ konsisten dan tidak bersifat bermusim;

     

    • Pemohon ATAU suami/ isteri pemohon tidak pernah menerima bantuan peralatan atau mesin di bawah Kerajaan Negeri Selangor;

     

    • Pemohon tidak mempunyai sebarang pekerjaan lain yang berpendapatan tetap; dan

     

    • Perniagaan pemohon perlu mempunyai premis atau lokasi perniagaan yang dibenarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Lampiran

Tiada Lampiran.