Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
378) ANAK SYARIKAT NEGERI SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan kes-kes mahkamah yang melibatkan anak-anak syarikat Kerajaan Negeri dan subsidiarinya sejak tahun 2018 serta nyatakan berapakah jumlah tuntutan / ganti rugi yang terpaksa ditanggung oleh Kerajaan Negeri ?
Menurut rekod sedia ada, antara tindakan yang melibatkan anak syarikat Kerajaan Negeri serta subsidiarinya serta penjelasan adalah seperti berikut:
- Bandar Tanming Sdn. Bhd v MBI & KNS
– Ia melibatkan pembayaran gantirugi dise babkan pembatalan niat asal pengambilan tanah kepunyaan Bandar Tanming Sdn. Bhd dan tanah yang sama kemudiannya telah diberimilikan kepada MBI dan Radiant Pillar dan kemudian sebahagiannya dijual dengan harga yang lebih tinggi. Gantirugi adalah atas perbezaan nilai pampasan yang dibayar untuk pengambilan dengan nilai pelupusan tanah tersebut.
– Kerajaan Negeri Selangor menanggung RM175 juta bagi nilai gantirugi disebabkan 2 penghakiman secara summarily kerana kegagalan mengemukakan dokumen secara permohonan discovery. Dokumen yang tidak diserahkan adalah dokumen MBI. Penyelesaian yang dibuat oleh MBI hanya RM42 juta dan selebihnya ditanggung oleh KNS.
- Mega Forest Plantation Sdn. Bhd v Kerajaan Negeri Selangor & 5 lagi (Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor – PKPS)
– Tuntutan baharu adalah berasaskan restitution untuk projek reforestation yang telah dibatalkan oleh MMKN.
– Melalui tuntutan sebelum ini, ia tidak menyebelahi Plaintif disebabkan perintah penggulungan yang telah dibuat oleh PKPS sendiri yang mengakibatkan semua perjanjian seperti Joint Venture Agreement (JVA), Lease & Concession Agreement dan Sub Lease Agreement telah diisytiharkan sebagai null & void oleh Mahkamah.
– Kes ditetapkan untuk perbicaraan penuh pada 27-28.6.2024.
- iii. Real Big Ventures Sdn. Bhd v PTD Petaling & 4 lagi (Kumpulan Semesta Sdn. Bhd- KSSB)
– Tuntutan melibatkan keengganan PTD Petaling untuk memberikan lanjutan permit pengeluaran pasir disebabkan antara lain tiada sokongan oleh KSSB.
– Plaintif telah mencabar keputusan PTD Petaling tersebut melalui Semakan Kehakiman dan keputusan Mahkamah menyebelahi PTD Petaling.
– Di dalam tindakan ini. Plaintif memfailkan tuntutan gantirugi melalui Writ Saman dan PTD Petaling berjaya membatalkan tuntutan melalui permohonan pembatalan pliding di Mahkamah Tinggi serta berjaya di peringkat rayuan mencabar keesahan Notis Rayuan Plaintif.
– Tindakan masih kekal hanya ke atas KSSB.
– Tiada gantirugi perlu dibayar oleh KNS.
- JW Properties Sdn. Bhd & 1 lagi v Pentadbir Tanah Kuala Selangor & 1 lagi – PKPS)
– Kes ini melibatkan pengambilan tanah yang telah dibuat oleh KNS dan ia melibatkan kelayakan Plaintif untuk menjadi pihak berkepentingan terhadap pampasan pengambilan tanah.
– Pentadbir Tanah telah memberikan pampasan RM14 juta kepada PKPS, tanpa pampasan kepada Plaintif menyebabkan cabaran dibuat sehingga ke Mahkamah Rayuan.
– Mahkamah memutuskan bahawa Plaintif adalah pihak berkepentingan kerana pada masa material terdapat JVA antara Plaintif dengan PKPS untuk pembangunan kolam udang di tapak yang sama. Mahkamah Rayuan memerintahkan agar taksiran semula dibuat.
– Pentadbir Tanah telah mengeluarkan satu nilai melalui borang seakan-akan Borang G untuk nilai RM56 juta.
– Melalui prosiding Mahkamah Tinggi, Mahkamah Tinggi berpuashati bahawa nilai RM56 juta adalah nilai yang belum lagi muktamad dan tindakan di anggap pra matang dan menolak tuntutan Plaintif dan masih di peringkat rayuan.
– PKPS telah dimaklumkan melalui surat oleh Kamar Penasihat Undang-Undang, nilai pampasan awal yang diawadkan kepada PKPS dipegang secara konstruktif dan apa -apa keputusan Mahkamah Rayuan kelak, nilai tersebut harus dikembalikan kepada Plaintif atau dipulangkan kepada KNS.
- Tan Hock Heong & lagi v Menteri Besar Selangor & 3 Lagi (PKPS)
– Kes ini melibatkan tuntutan untuk penggantian tanah yang dikatakan telah dibuat oleh Menteri Besar Selangor pada 1981 akibat pengambilan tanah penduduk kampung Cina di Kuala Langat untuk perlombongan PKPS.
– Kes dalam tindakan Kamar Penasihat UndangUndang untuk pembatalan pliding kerana isu perjanjian yang dibuat (jika ada) tidak melibatkan KNS dan Menteri Besar Selangor selain tiada keputusan MMKN berkaitannya serta isu waiver dan laches.
Untuk makluman, KNS dan anak syarikat serta subsidiari adalah bukan satu entiti yang sama sebaliknya adalah saperate legal entity dan mereka boleh menyaman dan disaman secara berasingan. Prinsip liabiliti vikarius tidak terpakai antara KNS dengan anak syarikat serta subsidiari.